Wednesday 11 September 2013

SAITAMA INVITATION, JEPUN

Pasukan Kebangsaan bawah 11 tahun telah diundang untuk menyertai Pertandingan Jemputan ini di saitama, Jepun.

Mohamad Asman bin Zulkarnain dari MyKids Soccer Johor telah dipilih. Beliau adalah pelajar dari SK Taman Cendana, Pasir Gudang.

Pasukan Kebangsaan telah menjadi Naib Johan.

Tahniah kepada pasukan Kebangsaan terutama kepada coaches dan pemain semua.

Friday 12 July 2013

PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH BARCELONA ASIAN ROAD TOUR

BARCELONA ASIAN ROAD TOUR 9 SEBELAH

Tarikh     :    6 & 7 Julai 2013
Hari        :     Sabtu & Ahad
Tempat   :    SMK Victoria, Kuala Lumpur

MyKids Soccer Johor telah  menghantar 2 pasukan iaitu pemain 12 tahun dan juga pemain campuran tahun 4 dan 5. Seramai 30 orang telah dipilih dan diiringi oleh 4 orang JSM.

Pasukan telah menginap di Hotel Olimpia berhampiran dengan padang pertandingan.

Kedua dua pasukan telh gagal untuk ke pusingan suku akhir kerana perbedzaan jaringan dengan pasukan di dalam kumpulan.

Walau bagaimana pun peluang bermain dan pendedahan ini amat berguna kepada semua pemain dan saya harap jurulatih yang terlibat telah mengenalpasti setiap kelemahan yang perlu dan boleh diperbaiki lagi.


KE ARAH KECEMERLANGAN BOLA SEPAK

PERTANDINGAN BOLASEPAK U 12 4 PENJURU

PERTANDINGAN BOLA SEPAK  4 PENJURU BAWAH 12 DAN 3 PENJURU U 14

telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh         :   24  Jun 2013
Hari            :    Ahad
Masa          :    8.00 pagi
Tempat       :    Stadium Mini Majlis Perbandaran Kulaijaya, Kulai

Pasukan yang telah mengambil bahagian
1.  Soccer Kids Majlis Perbandaran Shah Alam, Selangor
2.  SSB Vemka, Batam, Indonesia
3.  Harimau Mega FC, Johor Bahru
4.  MyKIds Soccer Johor 

Dalam pertandingan ini, Soccer Kids MBSA telah menjadi Johan diikuti Harimau Mega FC, MyKids Soccer Johor dan SSB Vemka.
Bagi MyKids Soccer telah menghantar 3 pasukan iaitu bawah 12, bawah 11 dan juga bawah 10 tahun untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua pemain peluang bermain.

Disamping tu, MyKids juga telah menganjurkan Pertandingan Bolasepak 3 Penjuru  Bawah 14.

Tarikh    :  24 Jun 2013
Hari       :   Ahad
Masa     :   8.30 pagi
Tempat  :   Padang SMK Taman Puteri

Pasukan yang mengambil bahagian
1. Harimau Mega FC, Johor Bahru
2. SSB Vemka, Batam, Indonesia
3. FC Twenty20, Kulaijaya

Pasukan FC Twenty20 telah menjadi Johan diikuti Harimau Mega FC dan SSB Vemka.

YB En Ali Mahzat, ADUN Bukit Permai telah sudi menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada semua pemain dan pegawai dan seterusnya menutup rasmi pertandingan jam 12.45 tengahari.

Team MyKids Soccer merakamkan setinggi pengharagaan dan ucapan terima kasih kepada YB En Ali Mahzat yang telah meluangkan masa untuk majlis penympaian hadiah dan penutupan rasmi. Selain itu tidak lupa juga setinggi penghargaan daucapan terima kasih kepada Tn Hj Rofiki, YDP Majlis Perbandaran Kulaijaya kerana membenarkan penggunaan Mini Stadium untuk pertandingan ini dan tidak lupa juga kepada Penyumbang penyumbang terutama kepada Tn Hj Adzua, rakan rakan yang membantu, ibubapa dan juga kepada semua JSM dan semua yang telah menyumbang tenaga dalam menjayakan pertandingan.

Monday 10 June 2013

PIALA CAPPY - CROATIA

Dimaklumkan bahawa pasukan Kebangsaan U11 yang menyertai Pertandingan Piala Cappy di Croatia pada 24 Mei hingga 7 Mei telah beroleh kejayaan. Mereka telah menjadi Naib Johan dan Johan untuk katagori U12 yang telah disertai banyak kelab kelab di Eropah .

2 orang pemain MyKids Johor telah mewakili pasukan Kebangsaan U11 iaitu

Mohamad Nuh Azlan Syah bin Mohd Yusof dari SK Taman Kota Kulai dan
Mohd Asman bin Zulkarnain  dari SK Taman Cendana, Pasir Gudang.

MyKids Johor merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan tahniah di atas kejayaan tersebut.

TERUS GIGIH BERUSAHA UNTUK MENGEKALKAN KEDUDUKAN DI DALAM PASUKAN KEBANGSAAN.

SYABAS DAN TAHNIAH

MSSM - JOHOR

Kejohanan Bolasepak MSSM U12,U15 dan U18

telah diadakan di Pasir Gudang, Johor mulai 3Jun hingga 8 Jun 2013.
Seramai 7 orang pemain MyKids Soccer Johor telah mewakili MSS Johor ke kejohanan tersebut.

Pihak MyKids Johor mengucapkan tahniah kepada semua pemain terutama pemain MyKids Johor.
Besar kemungkinan ada dikalangan pemain ini terpilih untuk ke Akademi Bolasepak Negara, Gambang, Pahang, Sekolah Sukan Tunku Ismail indi Sultan Ibrahim, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Kepada pemain yang terpilih, tahniah dan jika tidak terpilih, masih ada peluang ke Sekolah sukan Negeri di Kluang Johor.

SELAMAT MAJU JAYA.

Wednesday 22 May 2013

KARNIVAL BOLASEPAK MBFA

19 Mei 2013 Ahad

MyKids Soccer Johor U10 & U12 telah menyertai Karnival Bolasepak anjuran Melaka Baru FA.
seramai 25 orang pemain dan 6 orang jurulatih telah bersama dengan pemain dan diiringi oleh ibubapa pemain.

U12 telah berjaya menduduki tempat ketiga di dalam Karnival tersebut. U10 hanya menduduki tempat ke 3 dalam kumpulan.

MyKids merakam setinggi ucapan terima kasih kepada semua jurulatih dan juga ibubapa pemain yang bersama- sama memberi sokongan dan memberi kerjasama yang baik.

Kepada pasukan U12, Tahniah di ucapkan.
bagi U10 jangan berputus asa dan anggap saja ia baru satu permulaan untuk berjaya.

Friday 10 May 2013

KEJOHANAN BOLASEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH SEKOLAH JOHOR U 12

10 hingga 12 Mei 2013,

Kejohanan Bolasepak bawah 12, 15 dan 17 di adakan di Pasir Gudang, Johor. 11 pasukan dari daerah daerah di negeri Johor mengambil bahagian . Pasukan yang mengambil bahagian di bahagi kepada 3 kumpulan A, B dan C.

MyKids Soccer Johor mengucapkan selamat Maju Jaya dan tahniah  kepada semua pemain MyKids Soccer yang terpilih mewakili Majlis Sukan Sekolah Daerah  masing masing dalam Kejohanan Bolasepak   bawah 12 tahun. Seramai  7orang  pemain  dari Kulaijaya, 2 orang pemain  dari  Johor Bahru, 2 orang pemain  dari Pasir Gudang, 3 orang pemain dari Pontian, 3 orang pemain dari  Kota Tinggi dan seorang dari Tenggaruh 3, Mersing telah mewakili daerah masing masing..

Sebagai ketua Jurulatih Remaja Negeri, saya mengaharapkan pemain pemain ini dapat menunjukkan mutu permainan yang baik dan semangat kesukanan yang tinggi . Semoga anda semua dapat memikat hati panel pemilih untuk memilih anda semua mewakili pasukan Majlis Suakan Sekolah sekolah  Johor ke Kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Sekolah  Malaysia di Johor nanti.

SELAMAT MAJU JAYA DAN GOOD LUCK.

Monday 6 May 2013

LATIHAN PEMILIHAN U10 dan U12

Khamis 9 Mei 2013

MyKids Soccer Johor akan mengambil bahagian dalam pertandingan U10 dan U12 anjuran Melaka Baru FA pada 19 Mei 2013 di Batu Berendam, Melaka.

MyKids Soccer akan memilih 10 pemain U10 dan 15 pemain U12 untuk menyertai Pertandingan tersebut.
Latihan pemilihan akan dijalankan sepanjang minggu ini dan diharap semua pemain U10 dan U12 mengahdiri latihan tersebut. Semua pemain yang terpilih akan dimaklumkan kepada ibubapa melalui surat.

Latihan MyKids akan dijalankan lebih awal dari biasa  iaitu mulai pada pukul 3.30 petang kerana cuaca yang tidak menetukan sekarang. Diharap semua ibubapa dan penjaga harap maklum tentang perubahan waktu latihan.


Sekian untuk makluman semua pemain dan ibubapa / penjaga.

Friday 3 May 2013

LATIHAN RUTIN MYKIDS

2 MEI - KHAMIS

Latihan rutin MyKids  Johor telah dijalankan bagi pemain U8,10 dan U11. Seramai 26 orang pemain untuk sesi latihan tersebut. Kehadiran pemain yang hadir sangat berkurangan semalam. Ini  mungkin cuaca yang tidak begitu baik kerana cuaca yang mendung  dan juga mugkin pemain pemain mempunyai komitmen lain.

Jumaat 3 Mei, latihan rutin untuk semua katagori umur.akan dijalankan. Di harap kehadiran untuk latihan ini akan lebih baik dari kehadiran semalam

Makluman bahawa MyKids Johor sefang menyediakan pasukan untuk menyertai Kaenival di Melaka pada 19 Mei anjuran MBFC bagi pemain U10 dan U12.

Sunday 28 April 2013

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH

MyKids Soccer merakamkan ucapan terima kasih kepada pengursan dan Jurulatih  MSSD Pasir Gudang SK Kulai, Kg Melayu kerana sudi datang ke SK Bandar Putra Kulai mengadakan perlawanan persahabatan.

Syabas dan Tahniah kerana telah berjaya memenangi perlawanan tersebut. Permainan yang baik dan saya mengucapkan selamat Maju Jaya.

Bagi pemain MyKids yang terlibat dalam perlawanan tersebut, diharap dapat belajar sesuatu yang baik dari pasukan pelawat. Berkat usaha, rajin berlatih, kesungguhan dan komitmen yang tinggi pasti akan membawa kejayaan.

Jangan cepat berpuashati  tetapi mesti cuba membaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

" PRACTICE MAKE PERFECT " - WILLING TO WORK HARD, KEEP ON PRACTICE AND KEEP FAITH ON YOUR ABILITY.

Thursday 25 April 2013

U 12 PERLAWANAN PERSAHABATAN

27 April  Sabtu

Perlawanan yang dirancangkan pada sebelah pagi untuk U12 ditunda pada waktu petang jam 4.30 petang.

Pemain diharap maklum.

Kesulitan amat dikesali.

Wednesday 24 April 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN U 12

Perlawanan Persahabatan bawah 12 tahun

MyKids Soccer Johor V Pasukan MSSD Pasir Gudang

Tarikh      :     27 April 2013
Hari         :     Sabtu
Masa       :     8.00 pagi
Tempat    :     Padang SK Bandar Putra, Kulaijaya

Pemain yang hadir latihan pada hari Jumaat saja yang akan dipertimbangkan untuk bermain.

PERLAWANAN PERSAHABATAN U 10

Sabtu 27 April 2013 jam 3.30 petang

MyKids Soccer Johor akan mengadakan perlawanan persahabatan U 10 dengan pemain dari Kelab Bolasepak SK Kulai Kg Melayu, Kulai.

Semua pemain bawah 10 diharap bersedia,

Tuesday 23 April 2013

PIALA CAPPY BWH 11 TAHUN

LATIHAN  PUSAT PASUKAN KEBANGSAAN Bawah 11 tahun -  Piala Cappy di Croatia dan perlawanan persahabatan di Bosnia

Latihan Pusat akan diadakan di Akademik Bolasepak Negara Gambang, Pahang,


Tarikh    :  12 Mei 2013 pemain berkumpul di MSN Bukit Jalil dan bertolak ke SSM, Gambang, Pahang
                 Latihan dijalankan sehingga 23 Mei 2013 dan berkumpul semula di MSN Bukit Jalil.

                 24 Mei jam 2.00 pagi berlepas ke Croatia melalui KLIA
                 Sampai di KLIA pada 9 Jun 2013

2 orang pemain MyKids Soccer Johor terpilih mewakili pasukan kebangsaan bawah 11 tahun ke pertandingan tersebut. Mereka ialah :

1.  Mohd Nuh Azlan Syah Mohd Yusof     -  SK Taman Kota Kulai, Kulaijaya
2.  Mohd Asman bin Zulkarnain                 -  SK Taman Cendana, Pasir Gudang.

Pemain dan jurulati MyKids Soccer Johor mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA .
Kami doakan agar mereka akan sentiasa menjalani latihan dengan gigih dan mengharumkan nama MyKids Soccer Johor, Negeri Johor dan Malaysia Amnya.

Semoga mereka akan sentiasa sihat dan kami mengucapkan selamat pergi dan balik.

SYABAS DAN TAHNIAH

Wednesday 17 April 2013

KOMITMEN PEMAIN SEMASA SESI LATIHAN

Kami pihak jurulatih MyKids Soccer rasa perlu ada komitmen yang tinggi dari pemain pemain terutamanya pemain bawah 11 dan 12 tahun apabila telah tersenarai di dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara, MYKIDS SOCCER JOHOR.

Di dapati ramai pemain telah mengabaikan sesi latihan yang telah dirancang dengan melibatkan di dalam pertandingan FUTSAL yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Pihak MyKids rasa sangat tidak puas hati dengan sikap segelintir pemain yang dengan sengaja tidak memaklumkan penglibatan mereka di luar dari program MyKids.

Tindakan mengeluarkan mereka dari Program Pembangunan boleh dikenakan kepada pemain tersebut.

Harapan saya agar pemain lebih bertanggungjawap dan faham tujuan penglibatan mereka di dalam Program MyKids iaitu membantu mereka berjaya dan mencapai cita cita mereka untuk menjadi pemain bolaepak yang berjaya dan membantu mereka belajar disekolah Sukan yang sepatutnya selepas mereka tamat belajar di sekolah rendah.

FIKIR DAN RENUNGKAN........ UNTUK KERJAYA DI MASA DEPAN.


KLINIK DAN PEMILIHAN PEMAIN BOLASEPAK PBNJ

PENYERTAAN PEMAIN MYKIDS SOCCER - KLINIK DAN PEMILIHAN PEMAIN BAWAH 12 ANJURAN PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR.

Seramai 30 orang pemain MyKids Soccer Johor telah terpilih menyertaI  sesi Klinik dan Pemilihan Pemain bawah 12 tahun anjuran PBNJ yang telah diadakan di SK Temenggong  Abdul Rahman 1, Johor Bahru pada 13 April 2013 mulai jam 8.00 pagi.

Pihak MyKids mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemain yang terlibat. Ucapan terima kasih juga diucapkan  kepada semua JSM yang terlibat. Antaranya Coach  Rafi Ahmad yang telah menguruskan semua persediaan semasa ketiadaan KJRN, Coach Amarul Nazar, Coach Amirul, Coach Nik Mohd Faez, Coach Wafi, dan Coach Norazam.  

Tidak ketinggalan juga ucapan  ribuan terima kasih kepada semua Sukarelawan yang terlibat terutamanya En Sorman, En Khalim, En Zaidi, En Mohd Yusof dan lain lain ibubapa yang terlibat secara langsung dalam menjayakan penglibatan semua pemain.

TERIMA KASIH.

Monday 1 April 2013

UJIAN KECERGASAN PEMAIN

UJIAN KECERGASAN

MyKids Soccer akan menjalankan satu ujian Kecergasan untuk mengetahui tahap kecergasan pemain pada bulan April ini. Ujian Kecergasan ini akan dikendalikan oleh En Sarkawi, Ketua Unit  dari Institut Sukan Negara, negeri Johor dan akan dibantu oleh JSM pusat latihan.

Semua pemain diharap bersedia untuk menjalani latihan ini untuk menentukan tahap kecergasan fizikal sebelum meneruskan latihan dan menyertai sebarang bentuk latihan dan pertandingan.

Tarikh Ujian tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke samasa.

KLINIK BOLASEPAK PBNJ

KLINIK BOLASEPAK PBNJ ZON JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI DAN KULAI

Tarikh        :    13 April 2013
Hari           :     Sabtu
Masa         :     8.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat      :     Sek Keb Temenggong  Abdul Rahman 1, Johor Bahru
Penyertaan :    Pemain bawah 12 tahun
                       Setiap daerah akan menghantar seramai 30 orang pemain

Bagi daerah Kulaijaya, Persatuan Bolasepak Daerah telah bersetuju MyKids Soccer menghantar pemain bagi menyertai Klinik Bolasepak anjuran persatuan Bola sepak Negeri Johor.

Untuk itu, 2 orang JSM telah terpilih untuk terlibat sama dengan Jawatankuasa PBNJ.

1. Coach Rafi bin Ahmad
2. Coach Nik Faez Afni

5 orang jurulatih akan mengiringi pemain
1. Coach Wafi Hj Yunus
2. Coach Norazam Ibrahim
3. Coach Amirul Shazni
4. Coach Ahmad Zudi
5. Coach Rafi Ahmad   

Antara Sukarelawan yang membantu
1.En Sorman
2.En Zaidi Adnan
3.En Khalim

Pemain yang akan mewakili Kulaijaya adalah terdiri dari pemain bawah 10 dan 11 tahun.

Sunday 31 March 2013

MODUL LATIHAN 4

PENYEDIAAN MODUL LATIHAN KE 4

Tarikh                :        7 hingga 13 APRIL 2013
Tempat              :         Akademik Bola Sepak Negara, Gambang, Pahang

Jurulatih Terlibat :       Coach A. Mustaffa Ab Rahim
                                   Coach Amarul Nazar bin Mohammad
                                   Coach Rohaizad Abd Jalil
                                   Coach Zabidi Osman
                                   Coach Wan Fadlil Hisham bin Wan Adnan ( SK Bakri, Batu 5 Muar )

Semasa ketiadaan Coaches yang menghadiri Latihan Penyediaan Modul 4 ini, sesi latihan akan dikendalikan oleh  coaches Coach Rafi Ahmad dan coaches  yang lain.

PERLANTIKAN SEBAGAI JSM

MAKLUMAN

Untuk makluman  pemain dan Ibu bapa. Coach Norazam telah dengan rasminya dilantik sebagai JSM di pusat latihan MyKids Soccer Johor menggantikan Coach Roslizam ( Ujang ) yang telah tidak dapat meneruskan tugasnya sebagai JSM. Coach Norazam akan mengendalikan pemain bawah 9 tahun. Ibu bapa pemain tahun 3 boleh menghubungi Coach Norazam di talian 016 7279626 atau di alamat emel : azambolasepak@gmail.com

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA

UCAPAN TAHNIAH

Pihak MyKids Soccer mengucapkan TAHNIAH  kepada Coach Amarul Nazar bin Mohamad kerana telah berjaya memiliki LESEN B Kursus Kejurulatihan Bolasepak yang telah diadakan pada akhir tahun 2012 di MSN Bukit Jalil, selama 2 minggu.

Disamping itu, Coach Amar juga telah dicalonkan untuk menjadi Jurulatih Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah Sekolah Negeri Johor ke Kejohanan Bolasepak MSSM yang akan berlangsung pada bulan Jun 2013 di Negeri Johor

'SELAMAT MAJU JAYA'
PERANCANGAN MYKIDS.

KEM MOTIVASI PEMAIN

Pihak MyKids Soccer Johor bercadang untuk  mengadakan Kem Motivasi bagi pemain bawah umur 10,11 dan 12 Tahun. Kem Motivasi ini dijangka akan diadakan di sebuah Chalet  di Penyabung, Endau, Mersing bersama semua JSM dan akan dikendalikan oleh Pegawai Motivasi dari Institut Sukan Negara ISN Johor , Pn Azura.
Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

LATIHAN FIZIKAL DAN KECERGASAN

Program Kecergasab Fizikal dan Mental akan dimulakan pada bulan April ini sehingga Okrober 2013 di Gymnasium, Stadium Larkin dan dikendalikan Pegawai Kecergasan Majkis Sujan Negeri, en Omar Che Ali,
Latihan akan dijalankan sekurang kurang seminggu sekali dan akan diiringi oleh Jurulatih.

PERLAWANAN PERSAHABATAN.

Beberapa sesi latihan dan perlawanan persahabatan dengan sekolah sekolah,  Akademi di sekitar Johor dan Singapura sedang di atur untuk memberi pendedahan awal kepada semua pemain. Bersabar....... tarikh perlawanan akan dimaklumkan pada sesi latihan nanti.

MENYERTAI PERTANDINGAN SECARA KARNIVAL

Bulan Mei 19 - Ahad, MyKids akan menyertai satu pertandingan U10 dan U12 di Melaka. Diharap pemain bawah umur 10 dan 12 tahun bersedia. Ini adalah masa yang sesuai bagi semua pemain mencari pengalaman baru bermain. HARAP PEMAIN U10 DAN U12 BERSEDIA..........

1 MURID 1 SUKAN

29 Mac Jumaat

SELAMAT KEMBALI..........

Semua Pemain dan Staf Kejurulatihan mengucapkan selamat kembali kepada :

Muhd Nuh Azlan Syah bin Mohd Yusof dan Asman bin Zulkarnain telah selesai menjalani Latihan Pemilihan Fasa 2 di Akademik Bolasepak Negara, Gambang, Pahang. Alhamdulillah, mereka berdua telah selamat sampai ke rumah masing masing. Semoga rakan rakan MyKids dapat menjadikan kedua pemain ini sebagai batu loncatan untuk mencapai prestasi seperti mereka. Rajin berusaha, berdisiplin semasa menjalani latihan dan tingkatkan keupayaan individu dengan mempelajari kemahiran kemahiran yang telah diajar oleh jurulatih anda. Jaga pemakanan, ambil minuman yang secukupnya dan juga rehat yang teratur,

MAKLUMAN UNTUK PEMAIN DAN IBUBAPA

Dari bulan Januari sehingga bulan Jun nanti, adalah bulan yang sibuk dengan sukan permainan dan Kejohanan Olahraga.  Boleh dikatan  semua sekolah dan jurulatih sibuk mencari pemain untuk menyediakan pasukan sekolah ke pertandingan antara sekolah, antara Zon dan pertandingan peringkat MSSD.

Kebanyakan jurulatih di sekolah berusaha keras  mencari pemain berbakat untuk mewakili pasukan mereka. Jadi pada pelajar yang berbakat dan berpotensi lebih dari satu  sukan permainan akan menjadi harapan , rebutan di antara jurulatih agar pemain tersebut dapat mewakili  pasukan sekolah. Ada di antara jurulatih tidak sedar bawa mereka mempunyai banyak pilihan lain untuk memilih pemain kerana yang penting, mereka perlu mencapai kejayaan sedangkan konsep memberi peluang kepada pemain lain telah dilupakan. Sukan untuk keseronokkan telah tiada kecuali bermain bermatian untuk menang sahaja.

DENGAN ITU, IBUBAPA FIKIRKAN ....

Untuk makluman pemain dan ibu bapa, saya sarankan agar anak tuan dan puan boleh membuat pilihan yang bijak di dalam sukan mana yang mampu anak tuan puan boleh memberi tumpuan yang lebih. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah melaksanakan dasar 1 Murid 1 Sukan supaya murid dapat bersukan.dan bergiat secara kompetatif dalam sukan yang diceburi.

Elakkan anak tuan puan dari kelesuan, keletihan dan kecederaan yang berlaku dari sukan yang  diceburi. Sebarang keceferaan yang berlaku daei satu sukan yang diceburi , mudah untuk dikenalpasti dan pemulihan boleh dilakukan dan dirujuk dengan ISN atau Pegawai perubatan yang sesuai..

Monday 18 March 2013

SESI LATIHAN

SESI LATIHAN

Tarikh : 15 Mac dan 16 Mac

Sesi latihan dijalankan seperti biasa. Kehadiran pemain pada kali ini adalah kira-kira 60 orang dan sesi latihan diadakan bermula pada jam 4.30 petang dan berakhir pada pukul 6.00 Petang. Latihan dikendalikan oleh Coach A. Mustaffa dan dibantu oleh coaches. Antara coaches ialah Coach Amirul, Coach Amarul Nazar, Coach Rohaizad, Coach Wafi, Coach Norazam dan beberapa Jurulatih Sukarelawan termasuklah, Coach  Zabidi , Coach Ungku Azrul.

Latihan disambung pada hari seterusnya melibatkan tahun 3,4,5 dan 6.
Sesi latihan seterusnya akan dimaklumkan menerusi jurulatih masing-masing.

Sunday 17 March 2013

PEMILIHAN PEMAIN BAWAH 11 TAHUN FASA KE 2

17 Mac 2013.

Makluman kepada pemain MyKids Johor.

2 orang  rakan MyKids Johor  bawah 11 tahun akan menghadiri Sesi Latihan Pemilihan Pasukan Kebangsaan Fasa 2 di Akademi Bolasepak Negara,  Gambang, Pahang pada 18 hb  hingga 28 Mac 2013. Pemilihan ini adalah untuk memilih pemain yang akan menyertai Pertandingan  Piala Cappy di Croatia pada bulan Jun 2013. Mereka berdua adalah : 

                                 1.  Mohd Nuh Azlan Syah bin Yusof dari SK Taman Kota Kulai

                                 2.  Asman bin Zulkarnain dari SK Taman Cendana, Pasir Gudang



Sama sama kita doakan kejayaan mereka agar mereka terpilih mewakili pasukan kebangsaan - Malaysia.

MYKIDS SOCCER JOHOR MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMOGA TERPILIH.

Tuesday 12 March 2013

Latihan dan Perlawanan Persahabatan

8 Mac - Jumaat -

Sesi latihan dijalankan seperti biasa. Kehadiran pemain pada kali ini adalah kira-kira 60 orang sesi latihan  bermula pada jam 4.30 petang dan berakhir pada pukul 6.00 Petang. Latihan dikendalikan oleh Coach  A. Mustaffa,  dan dibantu oleh Coach Amirul, Coach Amarul Nazar, Coach  Rohaizad, Coach Wafi dan Coach Norazam dan juga  beberapa Jurulatih Sukarelawan termasuklah  Coach Hamidi , Coach  Ungku Azrul , Coach Nazrin serta 3 orang yang didatangkan khas dari Kota Tinggi. Latihan disambung pada hari seterusnya melibatkan tahun 3,4,5 dan 6.

9 Mac - Sabtu -

Sesi latihan bermula pada pukul 3 petang di mana pihak pengurusan Mykids Soccer telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan antara Pasukan Mykids Soccer menentang pasukan pilihan daerah Pontian. Perlawanan melibatkan pasukan bawah 12 dan 11 tahun mykids soccer yang sedang menjalani proses pemilihan untuk bersaing bagi merebut tempat di dalam skuad utama.

Latihan bagi pemain bawah 9 dan 10 tahun  diteruskan . Perlawanan persahatan antara pemain berbeza umur juga dijalankan selepas selesai perlawanan persahabatan sebelum pemain dibenarkan pulan pada jam 6.30 petang.Sesi latihan seterusnya akan berlangsung pada 15hb Mac


.Harap Maklum.

Wednesday 6 March 2013

Sesi Latihan 1 dan 2 Mac 2013



Mac 2013 –

                    Sesi latihan diteruskan seperti biasa. Hari Jumaat (4.30 hingga 6.00 Petang) dan hari Sabtu
( 8.00 pagi – 10 pagi dan  jam 3.00-5.00 petang). Pemilihan pemain  bagi tahun 6  masih lagi diteruskan sehingga ke akhir bulan ini di mana pemain-pemain masih lagi diberi peluang untuk mempamerkan bakat sedia ada mereka untuk dipilih.
                  

                     Antara latihan yang dijalankan pada latihan pada minggu ini ialah small sided game 3 lawan 3 latihan kemahiran dan juga  latihan kekuatan  bagi murid tahap 2.  Sesi Latihan  diketuai oleh  KJRN,dan Jurulatih yang lain iaitu  Coach  Amarul, Coach Amirul, Coach Wafi, Coach Rafi, ,Coach Rohaizad dan dibantu Coach Zabidi .Coach Muazzam, Coach . Mohd Fadhil,  Coach Akmal sebagai Sukarelawan Program MyKids.
               

                     Taklimat dan perbincangan dengan  jurulatih  telah diadakan di mana surat pelepasan pemain ke sesi latihan telah mula diedarkan. KJRN juga telah menjalankan pemantauan terhadap data jurulatih terutamanya mengenai biodata pemain, kehadiran pemain bagi bulan Februari, sukatan pelajaran jurulatih dan keputusan pemilihan pemain yang dijalankan pada sesi latihan yang lepas.

                    Sesi latihan seterusnya akan diteruskan pada minggu hadapan.

NANTIKAN NGAUMAN ANAK HARIMAU SELATAN

Tuesday 26 February 2013

Sesi Latihan 22 Feb

22 Feb - Sesi latihan diteruskan lagi setelah berehat selama seminggu selepas cuti raya cina.Antara latihan yang dijalankan ialah latihan koordinasi yang mana pada kali ini penekanan dilakukan kepada kekuatan otot, pertukaran arah kiri dan kanan serta ketangkasan pemain melalui 4 station yang berbeza-beza. Permainan 5 lawan 5 juga dijalankan pada akhir sesi latihan.80 murid telah hadir pada petang tersebut dan sebanyak 5 irang jurulatih dan 4 orang jurulatih sukarelawan telah hadir untuk menjayakan sesi latihan pada petang tersebut.Sesi latihan dijalankan seperti biasa pada 1 dan 2 Mac 2013 dan pemilihan pemain bagi tahun 6 masih lagi diteruskan.Pihak Mykids Soccer berharap agar kehadiran pemain ke sesi latihan seterusnya untuk sama-sama memantapkan pemain ke arah mencapai objektif yang telah digariskan.


              Antara gambar yang sempat dirakamkan ketika latihan berlangsung :

                                                 Antara pemain yang hadir menjalani latihan

                                                 Latihan Penjaga Gol Oleh En. Rohaizad

Kejohanan APV di TG.Balai Indonesia

17 Feb - Pengurusan Mykids Soccer Johor telah berjaya menghantar pasukan bawah 12 tahun ke kejohanan sepak bola APV di Kabupaten Karimun Tanjung Balai Indonesia pada minggu lalu.Kejohanan yang disertai oleh 7 buah pasukan melibatkan pasukan SSB Anak Karimun(Batam), SSB Bukit Senang(Batam), APV Selection (Tg.Balai),Erdeka Muda, Tunas Bahari Karimun (Tg.Balai) dan juga Bulldozer yang rata-ratanya berasal dari Indonesia.

               Hasil Kesungguhan dan komitmen dari semua pihak, Pasukan Mykids Soccer Johor telah berjaya memenangi pertandingan tersebut setelah mencatat keputusan 2 kali menang dan 4 kali seri dalam 6 perlawanan. Pasukan Mykids Soccer telah membawa pulang sebuah trofi ,cenderamata dan juga sijil daripada pihak penganjur.

               Berikut merupakan keputusan perlawanan yang berlangsung di Padang Awam Kabupaten Karimun Tanjung Balai :

1. Mykids Soccer VS SSB Anak Karimun           0-0
2. SSB Bukit Senang Junior VS Mykids Soccer   0-3
3. Mykids Soccer VS APV Selection                   0-0
4. Mykids Soccer VS Erdeka Muda                    0-0
5. Mykids Soccer VS Tunas Bahari Karimun        0-0
6. Bulldozer VS Mykids Soccer                           0-2

           Antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang kejohanan :

                                                    Nasihat Jurulatih Sebelum Kejohanan


                                                  Barisan Jurulatih dan Pengurusan Pasukan

                                    Pemain-Pemain Dan Jurulatih Sebelum Perlawanan Pertama
                                            Sesi 'Warm-Up' Penjaga Gol Sebelum Pelawanan


                                     Ketua Jurulatih En.Mustafa bersama dengan Pegawai
                                                  ISN, Cik Durah ketika di dalam feri.

                                          Taklimat Pengurusan Sehari Sebelum Kejohanan

                                 Pasukan Mykids Johor Sebelum Perlawanan Pertama Berlangsung             


                                Ketua Jurulatih, Jurulatih dan Pengurus Pasukan antara Mykids Johor
                                          dan Pasukan dari Tanjung Balai.

                                           Pasukan Mykids Johor sebagai Johan bagi Kategori
                                                         bawah 12 Tahun
                                                    Ketua Jurulatih, En. Mustafa menyerahkan hadiah
                                                            kepada pemenang kategori 8 tahun

                                                     Pasukan Mykids Soccer Johor bergambar
                                                      sebelum perlawanan terakhir berlangsung.
                                       Pasukan Mykids Soccer Johor bersama barisan jurulatih
  

                                   Pasukan Mykids Soccer Johor sebelum perlawanan keempat


                                                         Barisan Pengadil Perlawanan

                           Cenderahati Daripada Pihak Penganjur kepada Mykids Soccer Johor


                                 Taklimat daripada pihak penganjur kepada Pasukan Mykids Johor
                                         di Hotel Himalaya


                                     Cenderahati daripada pihak Mykids Soccer Johor kepada
                                                                     Pihak Pengurusan