Sunday 31 March 2013

MODUL LATIHAN 4

PENYEDIAAN MODUL LATIHAN KE 4

Tarikh                :        7 hingga 13 APRIL 2013
Tempat              :         Akademik Bola Sepak Negara, Gambang, Pahang

Jurulatih Terlibat :       Coach A. Mustaffa Ab Rahim
                                   Coach Amarul Nazar bin Mohammad
                                   Coach Rohaizad Abd Jalil
                                   Coach Zabidi Osman
                                   Coach Wan Fadlil Hisham bin Wan Adnan ( SK Bakri, Batu 5 Muar )

Semasa ketiadaan Coaches yang menghadiri Latihan Penyediaan Modul 4 ini, sesi latihan akan dikendalikan oleh  coaches Coach Rafi Ahmad dan coaches  yang lain.

PERLANTIKAN SEBAGAI JSM

MAKLUMAN

Untuk makluman  pemain dan Ibu bapa. Coach Norazam telah dengan rasminya dilantik sebagai JSM di pusat latihan MyKids Soccer Johor menggantikan Coach Roslizam ( Ujang ) yang telah tidak dapat meneruskan tugasnya sebagai JSM. Coach Norazam akan mengendalikan pemain bawah 9 tahun. Ibu bapa pemain tahun 3 boleh menghubungi Coach Norazam di talian 016 7279626 atau di alamat emel : azambolasepak@gmail.com

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA

UCAPAN TAHNIAH

Pihak MyKids Soccer mengucapkan TAHNIAH  kepada Coach Amarul Nazar bin Mohamad kerana telah berjaya memiliki LESEN B Kursus Kejurulatihan Bolasepak yang telah diadakan pada akhir tahun 2012 di MSN Bukit Jalil, selama 2 minggu.

Disamping itu, Coach Amar juga telah dicalonkan untuk menjadi Jurulatih Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah Sekolah Negeri Johor ke Kejohanan Bolasepak MSSM yang akan berlangsung pada bulan Jun 2013 di Negeri Johor

'SELAMAT MAJU JAYA'
PERANCANGAN MYKIDS.

KEM MOTIVASI PEMAIN

Pihak MyKids Soccer Johor bercadang untuk  mengadakan Kem Motivasi bagi pemain bawah umur 10,11 dan 12 Tahun. Kem Motivasi ini dijangka akan diadakan di sebuah Chalet  di Penyabung, Endau, Mersing bersama semua JSM dan akan dikendalikan oleh Pegawai Motivasi dari Institut Sukan Negara ISN Johor , Pn Azura.
Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

LATIHAN FIZIKAL DAN KECERGASAN

Program Kecergasab Fizikal dan Mental akan dimulakan pada bulan April ini sehingga Okrober 2013 di Gymnasium, Stadium Larkin dan dikendalikan Pegawai Kecergasan Majkis Sujan Negeri, en Omar Che Ali,
Latihan akan dijalankan sekurang kurang seminggu sekali dan akan diiringi oleh Jurulatih.

PERLAWANAN PERSAHABATAN.

Beberapa sesi latihan dan perlawanan persahabatan dengan sekolah sekolah,  Akademi di sekitar Johor dan Singapura sedang di atur untuk memberi pendedahan awal kepada semua pemain. Bersabar....... tarikh perlawanan akan dimaklumkan pada sesi latihan nanti.

MENYERTAI PERTANDINGAN SECARA KARNIVAL

Bulan Mei 19 - Ahad, MyKids akan menyertai satu pertandingan U10 dan U12 di Melaka. Diharap pemain bawah umur 10 dan 12 tahun bersedia. Ini adalah masa yang sesuai bagi semua pemain mencari pengalaman baru bermain. HARAP PEMAIN U10 DAN U12 BERSEDIA..........

1 MURID 1 SUKAN

29 Mac Jumaat

SELAMAT KEMBALI..........

Semua Pemain dan Staf Kejurulatihan mengucapkan selamat kembali kepada :

Muhd Nuh Azlan Syah bin Mohd Yusof dan Asman bin Zulkarnain telah selesai menjalani Latihan Pemilihan Fasa 2 di Akademik Bolasepak Negara, Gambang, Pahang. Alhamdulillah, mereka berdua telah selamat sampai ke rumah masing masing. Semoga rakan rakan MyKids dapat menjadikan kedua pemain ini sebagai batu loncatan untuk mencapai prestasi seperti mereka. Rajin berusaha, berdisiplin semasa menjalani latihan dan tingkatkan keupayaan individu dengan mempelajari kemahiran kemahiran yang telah diajar oleh jurulatih anda. Jaga pemakanan, ambil minuman yang secukupnya dan juga rehat yang teratur,

MAKLUMAN UNTUK PEMAIN DAN IBUBAPA

Dari bulan Januari sehingga bulan Jun nanti, adalah bulan yang sibuk dengan sukan permainan dan Kejohanan Olahraga.  Boleh dikatan  semua sekolah dan jurulatih sibuk mencari pemain untuk menyediakan pasukan sekolah ke pertandingan antara sekolah, antara Zon dan pertandingan peringkat MSSD.

Kebanyakan jurulatih di sekolah berusaha keras  mencari pemain berbakat untuk mewakili pasukan mereka. Jadi pada pelajar yang berbakat dan berpotensi lebih dari satu  sukan permainan akan menjadi harapan , rebutan di antara jurulatih agar pemain tersebut dapat mewakili  pasukan sekolah. Ada di antara jurulatih tidak sedar bawa mereka mempunyai banyak pilihan lain untuk memilih pemain kerana yang penting, mereka perlu mencapai kejayaan sedangkan konsep memberi peluang kepada pemain lain telah dilupakan. Sukan untuk keseronokkan telah tiada kecuali bermain bermatian untuk menang sahaja.

DENGAN ITU, IBUBAPA FIKIRKAN ....

Untuk makluman pemain dan ibu bapa, saya sarankan agar anak tuan dan puan boleh membuat pilihan yang bijak di dalam sukan mana yang mampu anak tuan puan boleh memberi tumpuan yang lebih. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah melaksanakan dasar 1 Murid 1 Sukan supaya murid dapat bersukan.dan bergiat secara kompetatif dalam sukan yang diceburi.

Elakkan anak tuan puan dari kelesuan, keletihan dan kecederaan yang berlaku dari sukan yang  diceburi. Sebarang keceferaan yang berlaku daei satu sukan yang diceburi , mudah untuk dikenalpasti dan pemulihan boleh dilakukan dan dirujuk dengan ISN atau Pegawai perubatan yang sesuai..

Monday 18 March 2013

SESI LATIHAN

SESI LATIHAN

Tarikh : 15 Mac dan 16 Mac

Sesi latihan dijalankan seperti biasa. Kehadiran pemain pada kali ini adalah kira-kira 60 orang dan sesi latihan diadakan bermula pada jam 4.30 petang dan berakhir pada pukul 6.00 Petang. Latihan dikendalikan oleh Coach A. Mustaffa dan dibantu oleh coaches. Antara coaches ialah Coach Amirul, Coach Amarul Nazar, Coach Rohaizad, Coach Wafi, Coach Norazam dan beberapa Jurulatih Sukarelawan termasuklah, Coach  Zabidi , Coach Ungku Azrul.

Latihan disambung pada hari seterusnya melibatkan tahun 3,4,5 dan 6.
Sesi latihan seterusnya akan dimaklumkan menerusi jurulatih masing-masing.

Sunday 17 March 2013

PEMILIHAN PEMAIN BAWAH 11 TAHUN FASA KE 2

17 Mac 2013.

Makluman kepada pemain MyKids Johor.

2 orang  rakan MyKids Johor  bawah 11 tahun akan menghadiri Sesi Latihan Pemilihan Pasukan Kebangsaan Fasa 2 di Akademi Bolasepak Negara,  Gambang, Pahang pada 18 hb  hingga 28 Mac 2013. Pemilihan ini adalah untuk memilih pemain yang akan menyertai Pertandingan  Piala Cappy di Croatia pada bulan Jun 2013. Mereka berdua adalah : 

                                 1.  Mohd Nuh Azlan Syah bin Yusof dari SK Taman Kota Kulai

                                 2.  Asman bin Zulkarnain dari SK Taman Cendana, Pasir Gudang



Sama sama kita doakan kejayaan mereka agar mereka terpilih mewakili pasukan kebangsaan - Malaysia.

MYKIDS SOCCER JOHOR MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMOGA TERPILIH.

Tuesday 12 March 2013

Latihan dan Perlawanan Persahabatan

8 Mac - Jumaat -

Sesi latihan dijalankan seperti biasa. Kehadiran pemain pada kali ini adalah kira-kira 60 orang sesi latihan  bermula pada jam 4.30 petang dan berakhir pada pukul 6.00 Petang. Latihan dikendalikan oleh Coach  A. Mustaffa,  dan dibantu oleh Coach Amirul, Coach Amarul Nazar, Coach  Rohaizad, Coach Wafi dan Coach Norazam dan juga  beberapa Jurulatih Sukarelawan termasuklah  Coach Hamidi , Coach  Ungku Azrul , Coach Nazrin serta 3 orang yang didatangkan khas dari Kota Tinggi. Latihan disambung pada hari seterusnya melibatkan tahun 3,4,5 dan 6.

9 Mac - Sabtu -

Sesi latihan bermula pada pukul 3 petang di mana pihak pengurusan Mykids Soccer telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan antara Pasukan Mykids Soccer menentang pasukan pilihan daerah Pontian. Perlawanan melibatkan pasukan bawah 12 dan 11 tahun mykids soccer yang sedang menjalani proses pemilihan untuk bersaing bagi merebut tempat di dalam skuad utama.

Latihan bagi pemain bawah 9 dan 10 tahun  diteruskan . Perlawanan persahatan antara pemain berbeza umur juga dijalankan selepas selesai perlawanan persahabatan sebelum pemain dibenarkan pulan pada jam 6.30 petang.Sesi latihan seterusnya akan berlangsung pada 15hb Mac


.Harap Maklum.

Wednesday 6 March 2013

Sesi Latihan 1 dan 2 Mac 2013



Mac 2013 –

                    Sesi latihan diteruskan seperti biasa. Hari Jumaat (4.30 hingga 6.00 Petang) dan hari Sabtu
( 8.00 pagi – 10 pagi dan  jam 3.00-5.00 petang). Pemilihan pemain  bagi tahun 6  masih lagi diteruskan sehingga ke akhir bulan ini di mana pemain-pemain masih lagi diberi peluang untuk mempamerkan bakat sedia ada mereka untuk dipilih.
                  

                     Antara latihan yang dijalankan pada latihan pada minggu ini ialah small sided game 3 lawan 3 latihan kemahiran dan juga  latihan kekuatan  bagi murid tahap 2.  Sesi Latihan  diketuai oleh  KJRN,dan Jurulatih yang lain iaitu  Coach  Amarul, Coach Amirul, Coach Wafi, Coach Rafi, ,Coach Rohaizad dan dibantu Coach Zabidi .Coach Muazzam, Coach . Mohd Fadhil,  Coach Akmal sebagai Sukarelawan Program MyKids.
               

                     Taklimat dan perbincangan dengan  jurulatih  telah diadakan di mana surat pelepasan pemain ke sesi latihan telah mula diedarkan. KJRN juga telah menjalankan pemantauan terhadap data jurulatih terutamanya mengenai biodata pemain, kehadiran pemain bagi bulan Februari, sukatan pelajaran jurulatih dan keputusan pemilihan pemain yang dijalankan pada sesi latihan yang lepas.

                    Sesi latihan seterusnya akan diteruskan pada minggu hadapan.

NANTIKAN NGAUMAN ANAK HARIMAU SELATAN