Saturday 19 May 2012

Latihan Rutin MyKids Soccer Johor 5/2012

VIDEO: Latihan 18/5/2012.

SK Bandar Putra, Jumaat - Latihan bolasepak rutin tetap dijalankan seperti biasa. Semua pasukan dalam Mykid Soccer Negeri Johor turun ke padang latihan dengan semangat yang tinggi. Sesi latihan dimulakan dengan latihan kordinasi dan 'conditioning', iaitu latihan ketangkasan pergerakan dengan bola, tanpa bola dan dengan peralatan latihan seperti kon, tiang slalom dan sebagainya. Semua jurulatih telah hadir dan telah mengadakan sesi latihan mengikut Modul 2 Program Pembangunan Bolasepak Negara. Tahniah kepada semua...!

KJRN mengawasi sesi latihan yang dikendalikan oleh JSM.

VIDEO: Latihan 18/5/2012
Sesi latihan 18/5/2012
Adik Danish mempamerkan kemahirannya mengawal bola.
En. Norazmi Md Sawal (JSM) memerhatikan pemain mengawal bola 
KJRN memberikan teguran dan nasihat kepada pemain.
VIDEO : Latihan 18/5/2012. 

............rafiahmad.bolasepak@gmail.com

Thursday 17 May 2012

Latihan dan Pemilihan Pemain ke Kejohanan Bolasepak Cappy Cup Croatia

 Pada 21 hingga 26 April 2012 yang lalu, seramai 6 orang pemain Mykid Soccer Negeri Johor telah menghadiri sesi pemilihan Piala Cappy  Croatia. Pemilihan telah diadakan di Pusat Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu. Semua pemain telah melalui pelbagai sesi latihan dan pemilihan yang dikendalikan oleh panel pemilih Pembangunan Bolasepak Negara Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Komitmen yang cemerlang telah ditunjukkan oleh semua pemain Mykid Soccer Negeri Johor. Tahniah kepada yang terpilih dan selamat maju jaya kepada yang lain...!

Muhammad Nuh Azlan Shah bin Mohd. Yusof - SK Taman Kota Kulai, Johor (terpilih)

Amir Zaki bin Misri - SK Taman Kota Kulai, Johor.

Mohamad Helmy bin Sorman - SK Taman Indahpura 1, Johor.
Mohamad Firdaus bin Norhisham - SK Bandar Putra, Johor.
 Pemain yang mewakili Negeri Johor, bersama 
Ketua Jurulatih Remaja Negeri, En. Mustaffa Ab. Rahim.


Pemain-pemain negeri Johor di Pusat Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.




Khemah panel pemilihan

Sesi Ujian Kemahiran

Taklimat kepada pemain-pemain

 Barisan Ahli-ahli Panel Kejurulatihan dan Pemilihan