Wednesday 17 April 2013

KLINIK DAN PEMILIHAN PEMAIN BOLASEPAK PBNJ

PENYERTAAN PEMAIN MYKIDS SOCCER - KLINIK DAN PEMILIHAN PEMAIN BAWAH 12 ANJURAN PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR.

Seramai 30 orang pemain MyKids Soccer Johor telah terpilih menyertaI  sesi Klinik dan Pemilihan Pemain bawah 12 tahun anjuran PBNJ yang telah diadakan di SK Temenggong  Abdul Rahman 1, Johor Bahru pada 13 April 2013 mulai jam 8.00 pagi.

Pihak MyKids mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemain yang terlibat. Ucapan terima kasih juga diucapkan  kepada semua JSM yang terlibat. Antaranya Coach  Rafi Ahmad yang telah menguruskan semua persediaan semasa ketiadaan KJRN, Coach Amarul Nazar, Coach Amirul, Coach Nik Mohd Faez, Coach Wafi, dan Coach Norazam.  

Tidak ketinggalan juga ucapan  ribuan terima kasih kepada semua Sukarelawan yang terlibat terutamanya En Sorman, En Khalim, En Zaidi, En Mohd Yusof dan lain lain ibubapa yang terlibat secara langsung dalam menjayakan penglibatan semua pemain.

TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment