Friday 12 July 2013

PERTANDINGAN BOLASEPAK U 12 4 PENJURU

PERTANDINGAN BOLA SEPAK  4 PENJURU BAWAH 12 DAN 3 PENJURU U 14

telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh         :   24  Jun 2013
Hari            :    Ahad
Masa          :    8.00 pagi
Tempat       :    Stadium Mini Majlis Perbandaran Kulaijaya, Kulai

Pasukan yang telah mengambil bahagian
1.  Soccer Kids Majlis Perbandaran Shah Alam, Selangor
2.  SSB Vemka, Batam, Indonesia
3.  Harimau Mega FC, Johor Bahru
4.  MyKIds Soccer Johor 

Dalam pertandingan ini, Soccer Kids MBSA telah menjadi Johan diikuti Harimau Mega FC, MyKids Soccer Johor dan SSB Vemka.
Bagi MyKids Soccer telah menghantar 3 pasukan iaitu bawah 12, bawah 11 dan juga bawah 10 tahun untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua pemain peluang bermain.

Disamping tu, MyKids juga telah menganjurkan Pertandingan Bolasepak 3 Penjuru  Bawah 14.

Tarikh    :  24 Jun 2013
Hari       :   Ahad
Masa     :   8.30 pagi
Tempat  :   Padang SMK Taman Puteri

Pasukan yang mengambil bahagian
1. Harimau Mega FC, Johor Bahru
2. SSB Vemka, Batam, Indonesia
3. FC Twenty20, Kulaijaya

Pasukan FC Twenty20 telah menjadi Johan diikuti Harimau Mega FC dan SSB Vemka.

YB En Ali Mahzat, ADUN Bukit Permai telah sudi menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada semua pemain dan pegawai dan seterusnya menutup rasmi pertandingan jam 12.45 tengahari.

Team MyKids Soccer merakamkan setinggi pengharagaan dan ucapan terima kasih kepada YB En Ali Mahzat yang telah meluangkan masa untuk majlis penympaian hadiah dan penutupan rasmi. Selain itu tidak lupa juga setinggi penghargaan daucapan terima kasih kepada Tn Hj Rofiki, YDP Majlis Perbandaran Kulaijaya kerana membenarkan penggunaan Mini Stadium untuk pertandingan ini dan tidak lupa juga kepada Penyumbang penyumbang terutama kepada Tn Hj Adzua, rakan rakan yang membantu, ibubapa dan juga kepada semua JSM dan semua yang telah menyumbang tenaga dalam menjayakan pertandingan.

No comments:

Post a Comment