Monday 14 January 2013

PERBINCANGAN BERSAMA KETUA KETUA UNIT DAN SETIAUSAHA KEHORMAT PBNJ

Ketua Jurulatih Remaja Negeri telah mengadakan beberapa siri perjumpaan dan perbincangan. Di antaranya ialah perjumpaan  dengan En Hafizal Tukemin Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi, Majlis Sukan Negeri Johor di pejabat beliau bersama dengan En Zahari Zahar Penyelaras Bolasepak MyKids Soccer Johor. Antara perbincamgannya  ialah mengenai pemilihan pemain, jadual latihan, pertandingan dalaman pertandingan jemputan dengan kelab kelab dan sekolah di luar daerah Kulaiajaya, juga perjalanan aktiviti sepanjang tahun.

Perbincangan dengan En Jaafar Bohari, Ketua Unit Sukan di Jabatan Pelajaran Johor bersama  En Faizal Sarman, Penyelaras Sukan di JPNJ. Antara perbicangan ialah penglibatan pemain yang lebih menyeluruh melibatkan pemain di luar daerah Kulaiajaya. Kejayaan pasukan MyKids di pertandingan peringkat Kebangsaan di Perlis. Pemain yang telah mewakili pasukan kebangsaan seta pemilihan pemain dari pusat ke latihan pemilihan pasukan kebangsaan dan penglibatan guru guru yang dilantik sebagai Jurulatih Separuh Masa untuk menjalankan tugas selepas waktu mengajar mengikuti kursus dan seminar yang dianjur oleh pihak MSN,  

Telah berjumapa dan mengadakan perbicangan dengan Tn Hj Suhairi bin  Hashim selaku  Setiausaha kehormat Persatuan Bola sepak Negeri Johor mengenai sokongan PBNJ terhadap program nasional ini. Membicangan aktiviti yang boleh dijalankan bersama di antara MyKids Soccer Johor dan PBNJ untuk mengembangkan permainan bolasepak  bagi  pelajar di negeri Johor.   En Sukumaran selaku Pegawai Pembangunan Bolasepak negeri Johor telah turut bersama dalam perbincangan ini .

Semua pertemuan ini telah memberi impak positif kearah meningkatkan kecemerlangan dan mutu bolasepak di negeri Johor dan juga Malaysia. Agar perjalanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara, MyKids Soccer mendapat restu dari semua pihak termasuk ke bawah Duli Yang Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Sunday 13 January 2013

PERJUMPAAN KJRN DENGAN SUKARELAWAN

Satu perjumpaan dan perbincangan antara Ketua Jurulatih Remaja Negeri bersama sama dengan Sukarelawan Program Pembangunan Bola Sepak Negara " MyKids Soccer " akan diadakan pada hari Ahad 12 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

Antara perkara yang akan dibincangkan ialah  bagaimana sukarelawan ini dapat membantu  melaksanakan perjalanan program ini bergerak dengan lebih aktif. Ini termasuk semasa latihan dijalankan dengan menyediakan minuman pemain.

Membantu semasa pertandingan pertandingan dalaman,  Pertandingan Karnival peringkat umur dengan team team jemputan yang dirancang, Internal Tounament, Pertandingan Antara Zpon Selatan, Kejohanan Peringkat Umur Kebangsaan dan juga perlawanan perlawanan persahabatan.

Bantuan yang dihulurkan semua sukarelawan dikalangan ibu bapa dan guru-guru yang berminat diharapkan dapat melancarkan lagi semua aktiviti dirancang supaya sasaran MyKids Soccer Johor melahirkan lebih ramai pemain dari pusat layak mewakili pasukan kebangsaan di bawah umur 11 dan 12 tahun ke pertandingan di luar negara. Layak sekurang kurangnya ke peringkat Separuh Akhir semasa Kejohanan peringkat Kebangsaan di akhir tahun nanti.

Saturday 12 January 2013

LATIHAN PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN BWH 11

LATIHAN PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN BAWAH 11

Latihan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh           :       20 hb hingga 26 Januari 2013
Tempat         :       Akademik Bolasepak Negara Gambang, Kuantan, Pahang

2 orang pemain MyKids Soccer Johor telah terpilih untuk latihan pemilihan tersebut. Mereka ialah

1.    Muhammad Asman bin Zulkarnain            SK Taman Cendana, Pasir Gudang
2.    Mohammad Fazrul Amry bin Mukti           SK Taman Cendana, Pasir Gudang

MyKids Soccer Johor mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada mereka berdua.
Semoga mereka berjaya dalam pemilihan tersebut untuk terus kekal bersama pasukan Kebangsaan bawah 11 tahun.

Selamat Maju Jaya,  All The Best and Good Luck.

KURSUS AKAR UMBI JURULATIH SEPARUH MASA

Majlis Sukan Negara dari Unit Bolasepak akan mengadakan Kursus Akar Umbi kepada Jurulatih Separuh Masa yang akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Teknikal seperti butiran berikut:
Tarikh        :   14 hb  sehingga 19 Januari 2013
Tempat      :    Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil

3 orang Jurulatih Separuh Masa terlibat dari Pusat Latihan  MyKids Soccer Johor. Mereka terdiri :

1.    Amirul Shazni bin Muhsin
2.    Nik Mohd Faez Afni bin Che Mohd Za"ba
3.    Mohamad Wafi bin Mohamed Yunus

" Selamat Menghadiri Kursus".

Tuesday 8 January 2013

MESYUARAT PENYELARASAN MYKIDS SOCCER 1/2013

 MESYUARAT PENYELARASAN KALI PERTAMA

Tarikh         :    1 Januari 2013
Hari            :     Selasa
Masa          :     3.30 petang
Tempat       :     SK Bandar Putra, Kulaijaya  

Satu mesyuarat penyelarasan telah di pengerusikan oleh KJRN dengan semua JSM serta sukarelawan

Agenda  :
1.    Pemilihan Pemain 2013
2.    Merancang dan Menetapkan Jadual Latihan 2013
3.    Tugas dan Tanggungjawap JSM
4.    Kehadiran pemain dan JSM
5.    Aktiviti Sampingan Pusat Latihan
6.    Pertandingan Dalaman
7.    Pertandingan Antara Zon Selatan
8.    Pertandingan Kebangsaan
9.    Pertandingan Champion of Champion
10.  Lain lain hal
PEMILIHAN PEMAIN MYKIDS SOCCER JOHOR 2013

Tarikh        :     20 Januari 2013
Hari           :     Ahad
Masa         :     7.30 hingga 8.30 pagi        - Pendaftaran Pemain 7 hingga 9 tahun
                        8.30 hingga 11.30 pagi     -  Pemilihan Pemain 7 hingga 9 tahun

                        2.00 hingga 3.00 petang   -  Pendaftaran Pemain 10 hingga 12 tahun
                        3.00 hingga 6.00 petang   -  Pemilihan Pemain 10 hingga 12 tahun

Tempat     :       SK Bandar Putra, Kulaijaya
                        Pusat Latihan MyKids Soccer Johor

Kepada Ibubapa / penjaga  murid murid  yang berminat anak jagaan mereka   menyertai Program Pembangunan Bolasepak Negara " MyKids Soccer "  Sila hadir bersama anak jagaan tuan puan untuk menghadiri dan menjalani  sesi pemilihan seperti tertera di atas.