Kami pihak jurulatih MyKids Soccer rasa perlu ada komitmen yang tinggi dari pemain pemain terutamanya pemain bawah 11 dan 12 tahun apabila telah tersenarai di dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara, MYKIDS SOCCER JOHOR.
Di dapati ramai pemain telah mengabaikan sesi latihan yang telah dirancang dengan melibatkan di dalam pertandingan FUTSAL yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Pihak MyKids rasa sangat tidak puas hati dengan sikap segelintir pemain yang dengan sengaja tidak memaklumkan penglibatan mereka di luar dari program MyKids.
Tindakan mengeluarkan mereka dari Program Pembangunan boleh dikenakan kepada pemain tersebut.
Harapan saya agar pemain lebih bertanggungjawap dan faham tujuan penglibatan mereka di dalam Program MyKids iaitu membantu mereka berjaya dan mencapai cita cita mereka untuk menjadi pemain bolaepak yang berjaya dan membantu mereka belajar disekolah Sukan yang sepatutnya selepas mereka tamat belajar di sekolah rendah.
FIKIR DAN RENUNGKAN........ UNTUK KERJAYA DI MASA DEPAN.
No comments:
Post a Comment