Thursday 6 March 2014

UCAPAN DAN PENGUMUMAN KETUA JURULATIH MYKIDS SOCCER JOHOR

Salam 1 Malaysia.

Berikut adalah antara pesanan dan juga pengumuman dari pihak tertinggi MYKIDS SOCCER JOHOR :


'Saya sebagai Ketua Jurulatih Bolasepak Remaja Negeri Johor merasa simpati dengan ibubapa dan penjaga pemain MyKids Johor dengan kesukaran yang dihadapi untuk menghantar anak anak berlatih bermain bola di Padang Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Walau bagaimanapun pengurusan MyKids telah berusaha untuk mencari pengangkutan anak anak menjalani latihan di UTM'.

Di harap dapat kiranya ibu bapa datang ke padang latihan Sk Bandar Putra pada hari Khamis petang atau Jumaat pagi membincangkan perjalanan dan bayaran pengangkutan anak anak menjalani latihan.

Kerjasama ibubapa dan penjaga amat dihargai.

KE ARAH KECEMERLANGAN BOLASEPAK

MINGGU TERAKHIR LATIHAN MYKIDS SOCCER JOHOR DI SK BANDAR PUTRA KULAIJAYA

Salam 1 Malaysia dan selamat pagi semua.

Minggu ini adalah minggu terakhir latihan MyKids Soccer Johor di SK Bandar Putra Kulaijaya.

Latihan seterusnya akan dijalankan di padang UTM Skudai bersebelahan Sekolah Agama mulai 9 hb Mac 2014 jam 4.30 petang.

Kepada semua ibubapa sudah berkira kira bagaimana mahu menghantar anak-anak ke padang latihan.

Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik

Ke Arah Kecemerlangan Bolasepak Negara.

PINDAAN TARIKH LATIHAN PEMILIHAN MYKIDS SOCCER JOHOR

SALAM 1 MALAYSIA

RALAT:

Tarikh Latihan Pemilihan MyKids Soccer Johor yang dinyatakan sebelum ini pada 8 Mac 2014 akan ditunda kepada 15 Mac 2014 di masa, hari dan Venue yang sama.

8 Mac 2014 tersebut adalah hari persekolahan iaitu SEKOLAH GANTI UNTUK SEMUA SEKOLAH.

Kesilapan tersebut amat di kesali.

LATIHAN PEMILIHAN MENCARI PEMAIN BERBAKAT BERUMUR ANTARA 7 HINGGA 12 TAHUN UNTUK MENYERTAI PROGRAM PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGARA - MYKIDS SOCCER JOHOR

Salam 1 Malaysia

Kepada pelajar berumur 7 hingga 12 tahun
disekitar Johor Bahru, Skudai, Kulaijaya dan Gelang Patah, Kangkar Pulai, Taman Sri Pulai yang berbakat dan ingin meneruskan latihan dan bermain bolasepak, boleh lah hadir ke sesi latihan pemilihan untuk menyertai MyKids Soccer Johor di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara seperti butiran berikut:

Tarikh : 8 MAC 2014
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 11.30 PG
VENUE : PADANG UTM ( UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA - SEBELAH SEKOLAH AGAMA

Sila hadir dengan kelengkapan bermain dan juga jangan lupa membawa 2 keping terbaru ukuran paspot dan juga satu salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak.

Taklimat dengan ibubapa / penjaga akan diadakan pada jam 8.30 pagi di Venue Latihan Pemilihan.

TIADA YURAN PENDAFTARAN ATAU YURAN BULANAN KEPADA PELAJAR YANG TERPILIH.

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENIMBA ILMU MENJADI PEMAIN BOLASEPAK YANG BERKUALITI.

Kepada pelajar yang telah berdaftar dengan akademi dan kelab bolasepak berbayar juga boleh datang untuk mencuba.

KE ARAH KECEMERLANGAN BOLASEPAK

PERTUKARAN PADANG PUSAT LATIHAN SK BANDAR PUTRA, KULAIJAYA KE PADANG UTM SKUDAI

Salam 1 Malaysia.

       Pusat Latihan MyKids Soccer Johor akan berpindah ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MAKLAYSIA, Skudai dari pusat latihan SK Bandar Putra, Kulaijaya.

       Latihan di padang UTM Skudai akan bermula pada 9 MAC 2014. Masa Latihan adalah dari jam 4.30 hingga 6.00 petang pada setiap hari Ahad, Selasa, Khamis dan JUMAAT. Padang yang digunakan adalah padang utama UTM bersebelahan Sekolah Agama.

       Kepada ibu bapa / penjaga MyKids Soccer dari SK Bandar Putra yang masih ingin meneruskan latihan bersama MyKids diharap dapat mencari satu resolusi atau alternatif untuk menghantar anak anak ke latihan di padang UTM Skudai.

Segala Kesulitan yang dihadapi amat diKESALI.

Latihan rutin 25 Feb 2014

Salam.1 Malaysia

Kepada semua pemain dan ibubapa. 25 Feb 2014 (Selasa), latihan MyKids akan dijalankan seperti biasa jam 4.30 petang. Jangan lupa datang latihan dan jangan lupa bawa air minuman yang secukupnya kerana cuaca terlalu panas sekarang ni. Badan memerlukan banyak air untuk menghindar dari badan kekurangan air. Sesi latihan 'ball mastery' akan diteruskan.Diharap pemain akan terus berusaha untuk mencapai ke satu tahap yang terbaik pada satu hari nanti. Kami selaku pihak pengurusan Mykids Soccer yakin dengan adanya progam latihan secara berterusan dapat meningkatkan prestasi pemain pada masa akan datang.

PERTUKARAN PUSAT LATIHAN MYKIDS SOCCER JOHOR

            Pada sesi pemantauan Pengarah Program Pembangunan Bolasepak Negara, Coach Lim Teong Kim ke pusat latihan MyKids Soccer Johor, Sk Bandar Putra, Kulaijaya baru baru ini, beliau mendapati padang latihan sediaada tidak begitu sesuai untuk menjalani latihan kerana padang yang tidak rata dan memungkinkan berlaku kecederaan kepada pemain.

            Beliau menyaran agar mencari padang latihan tang lebih sesuai dan beliau dan saya telah mencari dan memantau bebarapa buah padang di sekitar Kulaijaya, Skudai dan Johor Bahru. Akhirnya beliau bersetuju padang UTM Skudai dijadikan padang Latihan bàru untuk MyKids Soccer Johor. Segala urusan telah dibuat oleh pihak MSN, Bukit Jalil dengan pihak UTM Skudai untuk merealisasi perpindahan pusat latihan ini.

            Di harap semua ibubapa dan penjaga pemain MyKids Soccer akan menerima perubahan pusat latihan dengan positif. Tarikh Perubahan pusat latihan ini akan dimaklumkan secepat mungkin apabila segala segalanya selesai dan berjalan lancar.

KE ARAH KECEMERLANGAN BOLASEPAK.