Tuesday 26 February 2013

Sesi Latihan 22 Feb

22 Feb - Sesi latihan diteruskan lagi setelah berehat selama seminggu selepas cuti raya cina.Antara latihan yang dijalankan ialah latihan koordinasi yang mana pada kali ini penekanan dilakukan kepada kekuatan otot, pertukaran arah kiri dan kanan serta ketangkasan pemain melalui 4 station yang berbeza-beza. Permainan 5 lawan 5 juga dijalankan pada akhir sesi latihan.80 murid telah hadir pada petang tersebut dan sebanyak 5 irang jurulatih dan 4 orang jurulatih sukarelawan telah hadir untuk menjayakan sesi latihan pada petang tersebut.Sesi latihan dijalankan seperti biasa pada 1 dan 2 Mac 2013 dan pemilihan pemain bagi tahun 6 masih lagi diteruskan.Pihak Mykids Soccer berharap agar kehadiran pemain ke sesi latihan seterusnya untuk sama-sama memantapkan pemain ke arah mencapai objektif yang telah digariskan.


              Antara gambar yang sempat dirakamkan ketika latihan berlangsung :

                                                 Antara pemain yang hadir menjalani latihan

                                                 Latihan Penjaga Gol Oleh En. Rohaizad

Kejohanan APV di TG.Balai Indonesia

17 Feb - Pengurusan Mykids Soccer Johor telah berjaya menghantar pasukan bawah 12 tahun ke kejohanan sepak bola APV di Kabupaten Karimun Tanjung Balai Indonesia pada minggu lalu.Kejohanan yang disertai oleh 7 buah pasukan melibatkan pasukan SSB Anak Karimun(Batam), SSB Bukit Senang(Batam), APV Selection (Tg.Balai),Erdeka Muda, Tunas Bahari Karimun (Tg.Balai) dan juga Bulldozer yang rata-ratanya berasal dari Indonesia.

               Hasil Kesungguhan dan komitmen dari semua pihak, Pasukan Mykids Soccer Johor telah berjaya memenangi pertandingan tersebut setelah mencatat keputusan 2 kali menang dan 4 kali seri dalam 6 perlawanan. Pasukan Mykids Soccer telah membawa pulang sebuah trofi ,cenderamata dan juga sijil daripada pihak penganjur.

               Berikut merupakan keputusan perlawanan yang berlangsung di Padang Awam Kabupaten Karimun Tanjung Balai :

1. Mykids Soccer VS SSB Anak Karimun           0-0
2. SSB Bukit Senang Junior VS Mykids Soccer   0-3
3. Mykids Soccer VS APV Selection                   0-0
4. Mykids Soccer VS Erdeka Muda                    0-0
5. Mykids Soccer VS Tunas Bahari Karimun        0-0
6. Bulldozer VS Mykids Soccer                           0-2

           Antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang kejohanan :

                                                    Nasihat Jurulatih Sebelum Kejohanan


                                                  Barisan Jurulatih dan Pengurusan Pasukan

                                    Pemain-Pemain Dan Jurulatih Sebelum Perlawanan Pertama
                                            Sesi 'Warm-Up' Penjaga Gol Sebelum Pelawanan


                                     Ketua Jurulatih En.Mustafa bersama dengan Pegawai
                                                  ISN, Cik Durah ketika di dalam feri.

                                          Taklimat Pengurusan Sehari Sebelum Kejohanan

                                 Pasukan Mykids Johor Sebelum Perlawanan Pertama Berlangsung             


                                Ketua Jurulatih, Jurulatih dan Pengurus Pasukan antara Mykids Johor
                                          dan Pasukan dari Tanjung Balai.

                                           Pasukan Mykids Johor sebagai Johan bagi Kategori
                                                         bawah 12 Tahun
                                                    Ketua Jurulatih, En. Mustafa menyerahkan hadiah
                                                            kepada pemenang kategori 8 tahun

                                                     Pasukan Mykids Soccer Johor bergambar
                                                      sebelum perlawanan terakhir berlangsung.
                                       Pasukan Mykids Soccer Johor bersama barisan jurulatih
  

                                   Pasukan Mykids Soccer Johor sebelum perlawanan keempat


                                                         Barisan Pengadil Perlawanan

                           Cenderahati Daripada Pihak Penganjur kepada Mykids Soccer Johor


                                 Taklimat daripada pihak penganjur kepada Pasukan Mykids Johor
                                         di Hotel Himalaya


                                     Cenderahati daripada pihak Mykids Soccer Johor kepada
                                                                     Pihak Pengurusan



Thursday 14 February 2013

Sesi Latihan 8 Feb

8 Feb - Sesi latihan diteruskan walaupun dalam keadaan hujan lebat.Antara latihan yang dijalankan ialah latihan koordinasi yang mana pada kali ini penekanan dilakukan terhadap teknik hantaran pendek (passing) tanpa bola dan juga dengan bola. Permainan 3 lawan 3 juga dijalankan sebelum sesi latihan berakhir.80 peratus jurulatih hadir pada petang tersebut dan kehadiran pemain kurang memuaskan akibat cuaca yang kurang baik dan kekangan waktu sekolah bagi sesetengah kawasan.Sesi latihan pada petang itu juga mendapat reaksi daripada pihak luar yang tampil untuk memberi teguran dan pihak mykids soccer akan berusaha untuk melakukan penambahbaikkan pada masa akan datang.Sesi latihan pada minggu ini berehat selama seminggu bagi memberi laluan kepada cuti sekolah sempena tahun baru cina.

Friday 8 February 2013

20 JAN - Sesi Pemilihan Pemain Mykids Soccer Fasa 1

20 JANUARI - Program pertama pada tahun 2013 kami mulakan dengan melaksanakan program pemilihan pemain mykids soccer.Program ini melibatkan 2 sesi iaitu sesi sebelah pagi dan sesi sebelah petang.Kira-kira 150 orang murid telah hadir yang mana rata-ratanya terdiri daripada murid yang bersekolah di sekitar daerah Kota Tinggi, Pontian, Johor Bharu, Pasir Gudang, Kulaijaya dan Kluang.

                     Program tersebut mendapat turut mendapat sambutan hangat daripada pihak ibu bapa yang turut sama menemani anak mereka sehinggalah sesi pemilihan tamat kira-kira jam 6.30 petang.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada jurulatih sukarelawan yang turut hadir bagi melancarkan lagi program yang kami adakan pada hari tersebut termasuklah En. Mohd Nazrin ( Kota Tinggi), En. Nor Azam (Kluang), En. Tengku Mohd Azrul ( Kota Tinggi ), En Ahmad Zudi, En. Mohd Hilmi , En Mohd Fadhil dan juga beberapa lagi sukarelawan lain yang tidak disebutkan.

                   Antara ujian yang dijalankan pada setiap pemain yang hadir pada hari tersebut ialah ujian 'dribbling' , 'run with the ball and turn' , 'juggling' dan 'shooting'. Setiap ujian yang dilaksanakan telah direkod dan disimpan oleh setiap jurulatih yang dipertanggungjawabkan untuk menilai dan memilih pemain yang dikehendaki. Setiap Pemain yang dipilih telah dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan mereka yang telah dipilih dikehendaki untuk menghadiri sesi latihan seterusnya yang mana akan diberitahu kelak.

                  Berikut adalah antara gambar yang diambil sepanjang sesi pemilihan :

                                                                  'Small Sided Game'

                                                     Jurulatih dan barisan pemain yang hadir

               Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara tidak langsung mahupun langsung di dalam menjayakan program pemilihan pada kali ini. Sekian Terima Kasih.

Tuesday 5 February 2013

2 FEB-SESI PEMILIHAN KE-2 DAN CERAMAH PEMAKANAN UNTUK ATLET


2 Febuari 2013 - Pihak Mykids Soccer telah berjaya melaksanakan sesi latihan pertama pada hari sabtu yang lalu melibatkan pemain-pemain Mykids Soccer Johor yang telah dipilih pada sesi pemilihan sebelum ini.

         Bermula pada sesi pagi iaitu sewal jam 8 pagi, pemain-pemain yang telah dipilih dikehendaki untuk mengisi borang butiran peribadi pemain mengikut borang yang telah ditetapkan. Antara butiran yang perlu dilengkapkan oleh pemain termasuklah gambar passport, surat beranak, ukuran tinggi, berat dan juga alamat surat menyurat bagi sebagai rekod dan rujukan sepanjang tahun 2013.

          Turut dilaksanakan pada pagi tersebut ialah satu sesi ceramah tentang 'Kaedah Penjagaan Makanan Yang Seimbang Bagi Pemain Mykids Soccer'. Ceramah yang telah disampaikan oleh Cik Durrah Ramli yang dijemput khas dari Institut Sukan Negara telah mendapat sambutan hangat daripada pihak ibu bapa dan juga para pemain yang hadir pada ketika itu. Berikut merupakan antara gambar-gambar yang sempat diambil ketika aktiviti berlangsung.


                                       Ketika Sesi Ceramah Pemakanan Oleh Pegawai dari ISN.

                                       Pemain setia mendengar info yang diberi oleh pegawai ISN.

 
                                                                Barisan Jurulatih dan Ibu Bapa.



Sesi latihan diteruskan pada sebelah petang.Bermula pada pukul 3 petang, cuaca panas tidak menghalang para pemain dan juga pihak Mykids Soccer pada kali ini untuk melaksanakan beberapa program latihan pada kali ini.

         Antara latihan yang dibuat pada petang tersebut adalah latihan koordinasi tanpa alatan, perlawanan 5 lawan 5 , latihan menimbang bola dan juga pendedahan dari segi teknik bagi pemain yang beraksi di posisi penjaga gol. Berikut antara gambar yang sempat diambil pada sesi latihan pada petang kelmarin.

      
                                          
                                              Permainan 5 lawan 5 bagi pemain 7 dan 8 tahun

                                                          Sesi latihan bagi penjaga gol.

                                               Jurulatih melengkapkan butiran peribadi pemain.



                                         Sebelum Latihan Koordinasi Mengikut Station (1 hingga 4)

              Pihak Mykids Soccer Johor mengucapkan terima kasih di atas sokongan daripada semua pihak termasuklah dari pihak ibu bapa dan jawatankuasa pengurusan Mykids Johor di atas kerjasama yang telah diberikan.