Friday 27 July 2012

2012 Saitama International Junior Football Tournament U12


Sila klik link di bawah untuk mengunjungi laman web:


Muhammad Firdaus bin Md. Dun, (tengah) peserta mykids soccer Johor mewakili negara ke Saitama, Jepun. 

Pemain-pemain bolaepak bawah 12 Malaysia






Tarikh : 24 hingga 30 Julai 2012

Venue : Saitama, Jepun

PENGURUSAN

1.MOHD FAIRUL FADZLI BIN AHMAD MUZNI (Pengurus Pasukan)
2.HAZRY BIN ABDULLAH (Ketua Jurulatih)
3.MOHD SHAHABUDDIN BIN KADIR (Penolong Jurulatih)
4.MOHD REDZUAN BIN ABDUL RAHIM (Jurulatih Penjaga Gol)
5.MUHD NOORFAIZALALAZRUL (Fisioterapi)

PEMAIN
1.MUHAMMAD FAIQ SYAHMI BIN SAIFUL BAHARI
2.MIFZAL HAZIQ BIN MUSTAFFA
3.ZAINUL ARIFIN BIN AHMAD LATIFI
4.SHIVAN PILLAY ASOKAN
5.ARHAM KHUSSYAIRI BIN AB WAHAB
6.MUHAMMAD ALIFF NAJMIE BIN YUSRI
7.MUHAMMAD MURTADZA BIN NORADZAN
8.MOHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMMAD DUN (Mykids Soccer Johor)
9.MOHAMMAD SHAFIQ BIN MOHAMMAD ALI
10.MUHAMMAD IZREEN BIN IZWANDY
11.MUHAMMAD IQBAL HAKEM BIN MOHD HATA
12.ALIFF HAIQAL BIN LOKMAN HAKIM LAU
13.XSEVIER XCICO FELEX
14.ARIF SHAQIRIN BIN SUHAIMI
15.MUHAMMAD HADI FAYYADH BIN ABDUL RAZAK
16.MUHAMMAD ALIF SAFWAN
17.MOHD NASIP BIN MOHAMMAD ZAIN
18.WAN MUHAMMAD FITRI BIN WAN ZALANI


Berikut adalah merupakan jadual perlawanan bagi pasukan Malaysia pada 27 Julai 2012 :


MALAYSIA vs Saitama West
10.00 pagi ( 9.00 pagi waktu Malaysia )

MALAYSIA vs Tokyo Blue
2.00 petang ( 1.00 petang waktu Malaysia ).

Berikut merupakan susunan kumpulan bagi Kejohanan ini :
Kumpulan A
MALAYSIA, Saitama West , Tokyo Blue
Kumpulan B
Chiba, Australia, Koshigaya City
Kumpulan C
Tokyo White, China, Saitama
Kumpulan D
Ibaraki, Kumamoto, Kawaguchi City
Kumpulan E
Okinawa, Thailand, Asaka City
Kumpulan F
Aichi, Incheon Korea, Saitama east
Kumpulan G
Okayama, Oahu USA, Saitama North
Kumpulan H
Saga, Satte City, Saitama South


*Sumber: Program Pembangunan Bolasepak Negara

Tuesday 17 July 2012

Program Komuniti Bola Sepak Bersama D.Y.A.M Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

KULAIJAYA, 15 Julai 2012 - Satu Program Komuniti Bola Sepak bersama Pasukan Johor telah diadakan di Pusat Latihan MyKidsm Soccer Johor di SK Bandar Putra, Kulaijaya. Program ini telah diilhamkan oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. D.Y.A.M Tunku Ismail turut berkenan berangkat ke pusat latihan  dengan diiringi oleh pasukan bola sepak negeri Johor Darul Takzim yang diketuai oleh legenda bola sepak Asia, Encik Fandi Ahmad, yang juga pengurus pasukan kebanggaan Johor ini.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor telah berkenan berangkat ke pusat latihan kami kira-kira jam 9 pagi. Tanpa rasa jemu, D.Y.A.M Tunku beramah mesra dan bersalaman dengan kesemua anak-anak MyKids  Soccer Johor.  Tunku Mahkota Johor turut berkenan menonton kesemua aktiviti yang dilaksanakan oleh peserta dengan penuh minat. Ini membuktikan betapa tingginya kasih dan perhatian daripada Tunku Mahkota kepada pemain-pemain bola sepak muda ini.

Beberapa pemain bola sepak profesional negeri Johor telah bersama-sama dengan anak-anak MyKids Soccer, mengadakan aktiviti-aktiviti bola sepak yang sangat menyeronokkan. Peserta MyKids Soccer Johor yang seramai kira-kira 180 orang telah mengambil kesempatan menimba ilmu, bermesra dan mengenali semua pemain negeri Johor dengan lebih rapat lagi.

Beberapa acara telah diadakan seperti pertunjukan menimbang bola, sepakan penalti, sepakan percuma, dan perlawanan persahabatan. D.Y.A.M Tunku Mahkota turut berkenan menganugerahkan cenderamata kepada anak-anak MyKids Soccer Johor yang telah mewakili negeri dan negara di Piala Cappy Croatia, Kejohanan Bola Sepak Mykid Soccer Zon Selatan, dan Kejohanan Bola Sepak Remaja di Saitama, Jepun. Sesungguhnya, pemain-pemain tersebut adalah anak-anak Johor. Tunku turut menyampaikan sumbangan kepada semua pemain MyKids Soccer Johor.

Keberangkatan D.Y.A.M Tunku Ismail ke pusat latihan kami ini, adalah merupakan sebuah sokongan yang amat berharga, bukan sahaja kepada pemain MyKids Soccer Johor, juga kepada pembangunan bola sepak negeri. Ia telah mendorong pihak kami untuk lebih bekerja keras, sentiasa berusaha dan mencurahkan segala keringat demi kemajuan sukan bola sepak negeri Johor dan negara Malaysia yang tercinta. Terima kasih Tunku.    


Astaka  VVIP

Suasana pagi di pusat latihan MyKids Soccer Johor sebelum keberangkatan tiba DYAM TMJ.

Keberangkatan tiba DYAM Tunku Mahkota Johor di Padang SK Bandar Putra




DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, beramah mesra dengan peserta Mykids Soccer Johor.

Anugerah khas TMJ kepada adik Nuh Azlan Shah kerana mewakili negara ke Cappy Cup Croatia

Anugerah khas TMJ kepada adik Amirul Hussaini kerana mewakili negeri Johor  dan ke pemilihan Saitama, Japan

Anugerah khas TMJ kepada adik Mohd Amir  Miskam kerana mewakili negeri Johor dalam MSSM  dan ke pemilihan Saitama, Japan 

KJRN Johor turut menerima cenderamata daripada DYAM Presiden PBNJ

DYAM TMJ turut berkenan menganugerahkan cenderamata kepada pemain B12 dan B11 yang mewakili negeri Johor  ke Pertandingan Bolasepak Zon Selatan di Melaka.



Barisan pemain Mykids Soccer Johor yang bertanding di Melaka, menerima anugerah daripada TMJ





Pemain profesional Johor FA diberi taklimat oleh jurulatih

JSM-JSM mengambil gambar kenangan di depan kain rentang "SETIA BERSAMA JOHOR"

Peserta MyKids Soccer Johor

Pemain Johor FA bersedia bertemu dengan peserta MyKids Soccer Johor.

Pemain import Johor FA, Orlando, memberi tunjuk ajar kepadaMyKids Johor


Legenda bolasepak, En. Fandi Ahmad (baju biru bertopi) mengajar tentang teknik bermain bersama Andre Fer. 





Pegawai perakam peristiwa daripada RTM


Suasana semasa program berlangsung







Rakaman Video 15/7/2012










Kejohanan MyKids Soccer Antara Zon Selatan Melaka


TARIKH    :   30 Jun 2012
HARI         :   Sabtu
LOKASI     :  SK Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka

PERTANDINGAN BOLASEPAK MYKIDS SOCCER PERINGKAT ZON SELATAN

7.30 pagi              4 orang JSM dan Seramai 40 orang pemain bawah 11 dan 12 tahun berkumpul di SK  Bandar Putra, Kulaijaya ( PUSAT LATIHAN )
8.30 pagi              Bas sampai dan bertolak ke Melaka
10.00pagi             Berhenti Rehat di Machap
10.30 pg               Bertolak ke MELAKA
12.30 tgh              Sampai di PusatPertandingan  SK Sri Laksamana
2.00 ptg                Pendaftaran Pemain 
2.30 ptg                Pertandingan bermula.
6.30 ptg                Tamat Pertandingan dan majlis Penyampaian Hadiah
7.00 ptg                Majlis Bersurai an jamuan Ringan
7.30 ptg                Bertolak balik
10 malam             Berhenti rehat di Machap
10.45 malam         Bertolak balik ke Kulai
12.00 malam         Sampai di SK Bandar Putra, Kulaijaya dan pemain balik ke rumah masing-masing. 

Setiap Katagori Umur 11 dan 12  tahun di bahagi 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan B
Semua pasukan akan bermain mengikut kumpulan masing-masing iaitu semua pasukan A akan bermain dalam kumpulan A dan begitu juga pasukan di dalam kumpulan B akan bermain dalam pasukan B

Setiap pasukan menyediakan 2 orang pengadil bagi mengadili setiap perlawanan.

Keputusan Pertandingan

Bagi Bawah 12 tahun Johor

Kumpulan A   -  Naib Johan
Kumpulan B   -  Naib Johan

Bagi Bawah 11 Tahun

Kumpulan A  -  Naib Johan

Pada Keseluruhannya Pasukan MyKid Soccer Johor telah memberikan saingan dan tentangan yang sewajarnya untuk memenangi setiap perlawanan.

Pada setiap pemain yang bermain diucapkan syabas dan tahniah dan sewajarnya mereka mesti rajin menjalani laihan.

Sekian,

A. Mustaffa bin Ab rahim
KJRN Johor.
















.......Sedutan video mykidsoccerjohor di Melaka 30/6/2012









Kejohanan Cappy Cup di Croatia


Sila kunjungi berita di

21hb Mei 2012 - Pasukan seramai 24 pemain dan 5 pegawai berangkat ke KLIA jam 11 malam. Turut hadir di KLIA Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Tuan Hj Zainal Abidin Bin Hussin dan bekas Duta Malaysia Di Zagreb, Croatia Dato' Haji Azman bin Mohd. Nazir untuk memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain.

Pasukan kebangsaan B12 negara telah berlepas ke Croatia tepat jam 3.30 pagi dan sampai ke Zagreb jam 2.10 petang selepas berhenti di Doha dan Budapest, Hungary.

Di Zagreb pasukan Bolasepak Bawah 10 Tahun ini telah disambut oleh kakitangan Kedutaan Malaysia di Zagreb diketuai oleh Setiausaha Pertama Kedutaan En. Syed Nauzer Idid bin Dato' Syed Yusoff Idid, Setiausaha Kedua En. Hanapi bin Hussin, Raja Seniwati bt. Dato' Raja Mohamed, En.Jasmin Dzaferovic serta En Hasan Redzic.

Adik Muhammad Nuh Azlan Shah daripada Mykid Soccer Johor turut menyertai pasukan kebangsaan ini. Pasukan negara bertolak dengan bas ke Bandar Osijek, terletak 294km ke utara Zagreb dan sampai jam 7-30 malam. Pasukan menginap di Hotel Osijek. Al Hamdulillah kesemua pemain berada dalam keadaan yang sehat.