PERANCANGAN MYKIDS.
KEM MOTIVASI PEMAIN
Pihak MyKids Soccer Johor bercadang untuk mengadakan Kem Motivasi bagi pemain bawah umur 10,11 dan 12 Tahun. Kem Motivasi ini dijangka akan diadakan di sebuah Chalet di Penyabung, Endau, Mersing bersama semua JSM dan akan dikendalikan oleh Pegawai Motivasi dari Institut Sukan Negara ISN Johor , Pn Azura.
Tarikh akan dimaklumkan kemudian.
LATIHAN FIZIKAL DAN KECERGASAN
Program Kecergasab Fizikal dan Mental akan dimulakan pada bulan April ini sehingga Okrober 2013 di Gymnasium, Stadium Larkin dan dikendalikan Pegawai Kecergasan Majkis Sujan Negeri, en Omar Che Ali,
Latihan akan dijalankan sekurang kurang seminggu sekali dan akan diiringi oleh Jurulatih.
PERLAWANAN PERSAHABATAN.
Beberapa sesi latihan dan perlawanan persahabatan dengan sekolah sekolah, Akademi di sekitar Johor dan Singapura sedang di atur untuk memberi pendedahan awal kepada semua pemain. Bersabar....... tarikh perlawanan akan dimaklumkan pada sesi latihan nanti.
MENYERTAI PERTANDINGAN SECARA KARNIVAL
Bulan Mei 19 - Ahad, MyKids akan menyertai satu pertandingan U10 dan U12 di Melaka. Diharap pemain bawah umur 10 dan 12 tahun bersedia. Ini adalah masa yang sesuai bagi semua pemain mencari pengalaman baru bermain. HARAP PEMAIN U10 DAN U12 BERSEDIA..........
No comments:
Post a Comment