22 Feb - Sesi latihan diteruskan lagi setelah berehat selama seminggu selepas cuti raya cina.Antara latihan yang dijalankan ialah latihan koordinasi yang mana
pada kali ini penekanan dilakukan kepada kekuatan otot, pertukaran arah kiri dan kanan serta ketangkasan pemain melalui 4 station yang berbeza-beza. Permainan 5 lawan 5 juga
dijalankan pada akhir sesi latihan.80 murid telah hadir pada
petang tersebut dan sebanyak 5 irang jurulatih dan 4 orang jurulatih sukarelawan telah hadir untuk menjayakan sesi latihan pada petang tersebut.Sesi latihan dijalankan seperti biasa pada 1 dan 2 Mac 2013 dan pemilihan pemain bagi tahun 6 masih lagi diteruskan.Pihak Mykids Soccer berharap agar kehadiran pemain ke sesi latihan seterusnya untuk sama-sama memantapkan pemain ke arah mencapai objektif yang telah digariskan.
Antara gambar yang sempat dirakamkan ketika latihan berlangsung :
Antara pemain yang hadir menjalani latihan
Latihan Penjaga Gol Oleh En. Rohaizad
No comments:
Post a Comment