Sunday 11 November 2012

Keputusan: Pertandingan MyKids Soccer Zon Selatan ke 3

Pertarungan sengit MyKids Johor dan MyKids negeri Sembilan
AHAD, 11 November 2012 - Cuaca panas di waktu pagi tidak berpanjang kerana hujan yang lebat turun tepat jam 1 tengah hari. Kontinjen Mykids Soccer Melaka dan Negeri Sembilan tiba di pusat latihan Johor kira-kira jam 1.30 petang. Namun begitu, cuaca kembali cerah menjelang perlawanan pertama di antara B10 Johor A menentang B10 Melaka A pada jam 2.20 petang. 

Peserta kategori bawah 10 bermain di padang A dan bawah 11 di padang B. Semua perlawanan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Keadaan padang adalah sedikit becak dan licin, tetapi tidak mematahkan semangat pemain untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh dan berjaya mempamerkan kualiti permainan yang baik. Perlawanan terakhir adalah di antara Johor B kedua-dua kategori, sehingga wisel penamat dibunyikan kira-kira 5.35 petang. 

Syabas dan tahniah kepada semua pemain bola sepak Mykids Soccer Zon Selatan. Moga kita dapat berjumpa lagi di ......Perlis!

Padang A- Bawah 10 Kumpulan A
Johor A    (2)            vs   Melaka A (0) 
Johor A    (3)            vs   Negeri Sembilan A (1)
N.Semb A (0)           vs    Melaka (1)
......................Johan B10 Johor A

               - Bawah 10 Kumpulan B
Johor B    (1)            vs    Melaka B (1)
Johor B    (0)            vs    N.Semb B (3)
N.Semb B (1)           vs    Melaka B  (0)
....................Johan B10 N.Sembilan B

Padang B - Bawah 11 Kumpulan A
Johor A    (2)            vs   Melaka A  (0)
Johor A    (2)            vs   N.Semb A (1)
N.Semb A (2)           vs    Melaka A  (0)
..................Johan B11 Johor A

                -Bawah 11 Kumpulan B
Johor B     (0)           vs    Melaka B   (7)
Johor B     (0)           vs    N.Semb B   (3)
N.Semb B  (0)           vs   Melaka B    (3)      
..................Johan B11 Melaka B



KEPUTUSAN  KESELURUHAN PERTANDINGAN  10 TAHUN
KUMPULAN  A

JOHAN
:
JOHOR____________________________
NAIB JOHAN
:
MELAKA___________________________
KETIGA
:
NEGERI SEMBILAN_________________
KE 4
:
TIADA_____________________________
PENYAMPAIAN PINGAT OLEH
:
EN. HAFISZAL BIN TUKIMIN________
KETUA UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI
MSN JOHOR________________________

KEPUTUSAN KESELURUHAN PERTANDINGAN 1O  TAHUN
KUMPULAN  B

JOHAN
:
NEGERI SEMBILAN__________
NAIB JOHAN
:
MELAKA____________________
KETIGA
:
JOHOR_____________________
KE 4
:
TIADA______________________
PENYAMPAIAN PINGAT OLEH
:
EN. AHMAD BIN OTHMAN___
KJRN NEGERI SEMBILAN_____


KEPUTUSAN  KESELURUHAN  PERTANDINGAN  11 TAHUN
KUMPULAN A

JOHAN
:
JOHOR_______________________
NAIB JOHAN
:
NEGERI SEMBILAN____________
KETIGA
:
MELAKA______________________
KE 4
:
TIADA________________________
PENYAMPAIAN PINGAT OLEH
:
EN. SYAWAL BIN HASSAN______
JSM MELAKA__________________


KEPUTUSAN KESELURUHAN PERTANDINGAN 11  TAHUN
KUMPULAN B

JOHAN
:
MELAKA________________________
NAIB JOHAN
:
NEGERI SEMBILAN______________
KETIGA
:
JOHOR_________________________
KE 4
:
TIADA__________________________
PENYAMPAIAN PINGAT OLEH
:
EN. NASRI BIN SAAD_____________
WAKIL KJRN MELAKA___________






Sesi bergambar dan beramah mesra antara Mykids Soccer tiga negeri Zon Selatan


Pasukan Bawah 10 Johor A (Johan)

Sesi penyampaian pingat

Monday 5 November 2012

Perubahan Tarikh Pertandingan Antara Zon Selatan ke 3

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh Pertandingan Antara Zon Selatan ke 3 di pusat latihan Mykids Soccer Johor telah ditunda seperti berikut:

TARIKH    :     11 November 2012
HARI        :      Ahad
MASA       :     2.00 petang
TEMPAT   :     Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Putra
                       Kulaijaya, Johor.
PASUKAN :      Mykids Soccer Johor
                       Mykids Soccer Negeri Sembilan
                       Mykids Soccer Melaka

KATEGORI BAWAH 10 dan BAWAH 12

Sekian untuk makluman.

Friday 2 November 2012

SEKALUNG TAHNIAH

MAKLUMAT PEMAIN MYKIDS SOCCER JOHOR:

NAMA                                 SEKOLAH                         TAWARAN
1.  Muhammad Firdaus Md. Dun          SK Kulai                                   Akademi Bola Sepak Negara, Gambang, Pahang
2.  Amirul Hussaini b. Zamri                 SK T.A.R (1) JB                       Akademi Bola Sepak Negara, Gambang, Pahang   
3.  Muhammad Amir bin Miskam         SK Kulai                                   Sekolah Sukan Negeri (SSN) Tun Hussein, Kluang
4.  Mohamad Harith Ilyas b. Johar      SK Tmn Cendana, PG             Sekolah Sukan Negeri (SSN) Tun Hussein, Kluang
5.  Mohamad Feroz b. Baharudin        SK Sedili Besar, KT                Sekolah Sukan Negeri (SSN) Tun Hussein, Kluang
6.  Mohd Najmi Idham b. Johari          SK (L) Bandar, Kluang          Sekolah Sukan Negeri (SSN) Tun Hussein, Kluang
7.  Ali Adzhar bin Azhar                      SK (F) Bukit Batu, Kulai       Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismain, B. Penawar.
8.  Md. Nuh Azlan Syah b. Yusof      SK Tmn Kota Kulai                  kini sedang menyertai latihan pusat Pasukan Kebangsaan B10 di Akademi Bola Sepak Negara

Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor.
Jutaan ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada beberapa pemain Mykids Soccer Johor yang telah terpilih untuk melanjutkan pendidikan menengah di beberapa pusat kecemerlangan sukan negara.


Khusus kepada adik Muhammad Firdaus bin Md Dun, murid Sekolah Kebangsaan Kulai yang terpilih untuk memasuki Sekolah Sukan Gambang di Pahang (Akademi Bola Sepak Negara). Beliau yang hanya digelar Daus di kalangan rakan dan jurulatih, pernah mewakili pasukan kebangsaan Malaysia B12 ke Saitama, Jepun. Beliau dan pasukannya meraih tempat ketiga dan Daus turut menjaringkan gol penting untuk pasukan.

Turut mencapai kecemerlangan serupa ialah adik Amirul Hussaini bin Zamri yang belajar di Sekolah Kebangsaan Temenggung Abdul Rahman 1, Johor Bahru.

Tawaran ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar, Johor turut diterima oleh adik Ali Adzhar bin Azhar daripada Sekolah Kebangsaan (F) Bukit Batu, Kulaijaya.
Muhammad Firdaus Md Dun - Sekolah Sukan Pahang (Akademi Bola Sepak Negara Gambang) 
Amirul Hussaini bin Zamri - Sekolah Sukan Pahang (Akademi Bola Sepak Negara Gambang)
Mereka dijangka akan melaporkan diri ke sekolah tersebut penghujung Disember ini. Sememangnya, mereka  layak ke sekolah tersebut berdasarkan komitmen yang tinggi, sentiasa berdisiplin dan sentiasa memperbaiki diri. Tahniah dan terima kasih kerana anda telah mengharumkan nama Mykids Soccer Johor dan khususnya Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Syabas... !



KEJOHANAN MYKIDS SOCCER KEBANGSAAN 2012

Marilah sama-sama menyokong pasukan bola sepak Mykids Soccer Negeri Johor yang akan menyertai Kejohanan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2012 yang akan diadakan seperti maklumat di bawah:

TARIKH       :    15 hingga 24 November 2012

TEMPAT      :    Pusat Sukan Negeri Perlis,
                           Kangar, Perlis Indera Kayangan

KATEGORI   :    Bawah 10 Tahun & Bawah 12 Tahun

Kontinjen Johor dijangka akan berangkat ke Perlis pada 15 November 2012 dengan perkhidmatan Keretapi Malaysia Berhad. Semoga kontinjen Johor sentiasa sihat, selamat dan cemerlang sepanjang perjuangan dan meraih kejayaan yang diidamkan.

Berikut adalah jadual perlawanan peringkat kumpulan (sumber Unit Pelapis, Majlis Sukan Negara)


Thursday 1 November 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK MYKIDS SOCCER INTERZONE SELATAN KE 3

KEJOHANAN BOLA SEPAK INTERZONE SELATAN 2012



Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan/ murid-murid sekolah rendah Daerah Kulaijaya/ seluruh negeri Johor; dijemput untuk menyaksikan dan memeriahkan lagi Kejohanan Bola Sepak Interzone Selatan 2012 yang akan diadakan seperti maklumat di bawah:

TARIKH      :   10 November 2012

MASA         :   bermula jam 1 petang

TEMPAT     :   Pusat Latihan Mykids Soccer Johor
                           Sekolah Kebangsaan Bandar Putra
                           Jalan Nuri 34, Bandar Putra
                           81000 Kulaijaya, Johor.

PASUKAN   :       Team Mykids Soccer Johor
                          Team Mykids Soccer Negeri Sembilan
                          Team Mykids Soccer Melaka

KATEGORI  :    Bawah 10 Tahun & Bawah 11 Tahun

K.J.R.N

KARNIVAL BOLA SEPAK (TERBUKA) MYKIDS SOCCER JOHOR

KARNIVAL BOLA SEPAK (TERBUKA) MYKIDS SOCCER JOHOR



Tarikh      :   23 September 2012
Tempat    :   Pusat Latihan Mykids Soccer Johor (SK Bandar Putra)
Pasukan   :   Mykids Soccer Johor,
                   SK Temenggung Abdul Rahman 1,
                   SK Taman Kota Jaya,
                   SK Taman Cendana,
                   SK Kulai 

Jam 8 pagi Ahad, bermulalah Karnival Bola Sepak Jemputan MyKid Soccer antara sekolah rendah. Pertandingan 7 + 1 V 7 + 1 pemain tahun 4 dan 5 di padang Pusat Latihan MyKid Soccer, SK Bandar Putra, Kulaijaya. Ibu bapa turut hadir memberi sokongan kepada semua pemain.

Antara Sekolah jemputan ialah SK Temenggung Abdul Rahman 1, SK Bukit Mewah Johor Bahru, SK Taman Kota Jaya, Daerah Kota Tinggi, SK Taman Cendana, Pasir Gudang, SK Kulai Kg Melayu, Kulaijaya dan juga pemain MyKid Soccer Johor. Tahniah........















KEJOHANAN INTERZONE KE 2 NEGERI SEMBILAN

KEJOHANAN INTERZONE KE 2

Tarikh      : 6 Oktober 2012
Tempat    : Sek. Men. Keb. Senawang, Negeri Sembilan
Pasukan   : Mykids Soccer Negeri Sembilan, Mykids Soccer Melaka dan Mykids Soccer Johor.
Kategori   : bawah 9 tahun dan bawah 10 tahun

6hb Okt Pertandingan Bola sepak 7 dan 10 tahun MyKid Soccer antara Zon Selatan telah diadakan di SMK Senawang, Seremban.

4 kumpulan dari MYKid Soccer telah mengambil bahagian. Syabas dan tahniah kepada pemain yang berjaya mendapat naib Johan bagi kunpulan 9 tahun B dan 10 tahun B. Syabas dan tahniah. Kita berjumpa lagi di dalam Kejohanan Interzone ke 3 di Johor...!

Keputusan Rasmi akan menyusul daripada Mykids Soccer Negeri Sembilan

Friday 27 July 2012

2012 Saitama International Junior Football Tournament U12


Sila klik link di bawah untuk mengunjungi laman web:


Muhammad Firdaus bin Md. Dun, (tengah) peserta mykids soccer Johor mewakili negara ke Saitama, Jepun. 

Pemain-pemain bolaepak bawah 12 Malaysia






Tarikh : 24 hingga 30 Julai 2012

Venue : Saitama, Jepun

PENGURUSAN

1.MOHD FAIRUL FADZLI BIN AHMAD MUZNI (Pengurus Pasukan)
2.HAZRY BIN ABDULLAH (Ketua Jurulatih)
3.MOHD SHAHABUDDIN BIN KADIR (Penolong Jurulatih)
4.MOHD REDZUAN BIN ABDUL RAHIM (Jurulatih Penjaga Gol)
5.MUHD NOORFAIZALALAZRUL (Fisioterapi)

PEMAIN
1.MUHAMMAD FAIQ SYAHMI BIN SAIFUL BAHARI
2.MIFZAL HAZIQ BIN MUSTAFFA
3.ZAINUL ARIFIN BIN AHMAD LATIFI
4.SHIVAN PILLAY ASOKAN
5.ARHAM KHUSSYAIRI BIN AB WAHAB
6.MUHAMMAD ALIFF NAJMIE BIN YUSRI
7.MUHAMMAD MURTADZA BIN NORADZAN
8.MOHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMMAD DUN (Mykids Soccer Johor)
9.MOHAMMAD SHAFIQ BIN MOHAMMAD ALI
10.MUHAMMAD IZREEN BIN IZWANDY
11.MUHAMMAD IQBAL HAKEM BIN MOHD HATA
12.ALIFF HAIQAL BIN LOKMAN HAKIM LAU
13.XSEVIER XCICO FELEX
14.ARIF SHAQIRIN BIN SUHAIMI
15.MUHAMMAD HADI FAYYADH BIN ABDUL RAZAK
16.MUHAMMAD ALIF SAFWAN
17.MOHD NASIP BIN MOHAMMAD ZAIN
18.WAN MUHAMMAD FITRI BIN WAN ZALANI


Berikut adalah merupakan jadual perlawanan bagi pasukan Malaysia pada 27 Julai 2012 :


MALAYSIA vs Saitama West
10.00 pagi ( 9.00 pagi waktu Malaysia )

MALAYSIA vs Tokyo Blue
2.00 petang ( 1.00 petang waktu Malaysia ).

Berikut merupakan susunan kumpulan bagi Kejohanan ini :
Kumpulan A
MALAYSIA, Saitama West , Tokyo Blue
Kumpulan B
Chiba, Australia, Koshigaya City
Kumpulan C
Tokyo White, China, Saitama
Kumpulan D
Ibaraki, Kumamoto, Kawaguchi City
Kumpulan E
Okinawa, Thailand, Asaka City
Kumpulan F
Aichi, Incheon Korea, Saitama east
Kumpulan G
Okayama, Oahu USA, Saitama North
Kumpulan H
Saga, Satte City, Saitama South


*Sumber: Program Pembangunan Bolasepak Negara

Tuesday 17 July 2012

Program Komuniti Bola Sepak Bersama D.Y.A.M Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

KULAIJAYA, 15 Julai 2012 - Satu Program Komuniti Bola Sepak bersama Pasukan Johor telah diadakan di Pusat Latihan MyKidsm Soccer Johor di SK Bandar Putra, Kulaijaya. Program ini telah diilhamkan oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. D.Y.A.M Tunku Ismail turut berkenan berangkat ke pusat latihan  dengan diiringi oleh pasukan bola sepak negeri Johor Darul Takzim yang diketuai oleh legenda bola sepak Asia, Encik Fandi Ahmad, yang juga pengurus pasukan kebanggaan Johor ini.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor telah berkenan berangkat ke pusat latihan kami kira-kira jam 9 pagi. Tanpa rasa jemu, D.Y.A.M Tunku beramah mesra dan bersalaman dengan kesemua anak-anak MyKids  Soccer Johor.  Tunku Mahkota Johor turut berkenan menonton kesemua aktiviti yang dilaksanakan oleh peserta dengan penuh minat. Ini membuktikan betapa tingginya kasih dan perhatian daripada Tunku Mahkota kepada pemain-pemain bola sepak muda ini.

Beberapa pemain bola sepak profesional negeri Johor telah bersama-sama dengan anak-anak MyKids Soccer, mengadakan aktiviti-aktiviti bola sepak yang sangat menyeronokkan. Peserta MyKids Soccer Johor yang seramai kira-kira 180 orang telah mengambil kesempatan menimba ilmu, bermesra dan mengenali semua pemain negeri Johor dengan lebih rapat lagi.

Beberapa acara telah diadakan seperti pertunjukan menimbang bola, sepakan penalti, sepakan percuma, dan perlawanan persahabatan. D.Y.A.M Tunku Mahkota turut berkenan menganugerahkan cenderamata kepada anak-anak MyKids Soccer Johor yang telah mewakili negeri dan negara di Piala Cappy Croatia, Kejohanan Bola Sepak Mykid Soccer Zon Selatan, dan Kejohanan Bola Sepak Remaja di Saitama, Jepun. Sesungguhnya, pemain-pemain tersebut adalah anak-anak Johor. Tunku turut menyampaikan sumbangan kepada semua pemain MyKids Soccer Johor.

Keberangkatan D.Y.A.M Tunku Ismail ke pusat latihan kami ini, adalah merupakan sebuah sokongan yang amat berharga, bukan sahaja kepada pemain MyKids Soccer Johor, juga kepada pembangunan bola sepak negeri. Ia telah mendorong pihak kami untuk lebih bekerja keras, sentiasa berusaha dan mencurahkan segala keringat demi kemajuan sukan bola sepak negeri Johor dan negara Malaysia yang tercinta. Terima kasih Tunku.    


Astaka  VVIP

Suasana pagi di pusat latihan MyKids Soccer Johor sebelum keberangkatan tiba DYAM TMJ.

Keberangkatan tiba DYAM Tunku Mahkota Johor di Padang SK Bandar Putra




DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, beramah mesra dengan peserta Mykids Soccer Johor.

Anugerah khas TMJ kepada adik Nuh Azlan Shah kerana mewakili negara ke Cappy Cup Croatia

Anugerah khas TMJ kepada adik Amirul Hussaini kerana mewakili negeri Johor  dan ke pemilihan Saitama, Japan

Anugerah khas TMJ kepada adik Mohd Amir  Miskam kerana mewakili negeri Johor dalam MSSM  dan ke pemilihan Saitama, Japan 

KJRN Johor turut menerima cenderamata daripada DYAM Presiden PBNJ

DYAM TMJ turut berkenan menganugerahkan cenderamata kepada pemain B12 dan B11 yang mewakili negeri Johor  ke Pertandingan Bolasepak Zon Selatan di Melaka.



Barisan pemain Mykids Soccer Johor yang bertanding di Melaka, menerima anugerah daripada TMJ





Pemain profesional Johor FA diberi taklimat oleh jurulatih

JSM-JSM mengambil gambar kenangan di depan kain rentang "SETIA BERSAMA JOHOR"

Peserta MyKids Soccer Johor

Pemain Johor FA bersedia bertemu dengan peserta MyKids Soccer Johor.

Pemain import Johor FA, Orlando, memberi tunjuk ajar kepadaMyKids Johor


Legenda bolasepak, En. Fandi Ahmad (baju biru bertopi) mengajar tentang teknik bermain bersama Andre Fer. 





Pegawai perakam peristiwa daripada RTM


Suasana semasa program berlangsung







Rakaman Video 15/7/2012