Wednesday 22 May 2013

KARNIVAL BOLASEPAK MBFA

19 Mei 2013 Ahad

MyKids Soccer Johor U10 & U12 telah menyertai Karnival Bolasepak anjuran Melaka Baru FA.
seramai 25 orang pemain dan 6 orang jurulatih telah bersama dengan pemain dan diiringi oleh ibubapa pemain.

U12 telah berjaya menduduki tempat ketiga di dalam Karnival tersebut. U10 hanya menduduki tempat ke 3 dalam kumpulan.

MyKids merakam setinggi ucapan terima kasih kepada semua jurulatih dan juga ibubapa pemain yang bersama- sama memberi sokongan dan memberi kerjasama yang baik.

Kepada pasukan U12, Tahniah di ucapkan.
bagi U10 jangan berputus asa dan anggap saja ia baru satu permulaan untuk berjaya.

Friday 10 May 2013

KEJOHANAN BOLASEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH SEKOLAH JOHOR U 12

10 hingga 12 Mei 2013,

Kejohanan Bolasepak bawah 12, 15 dan 17 di adakan di Pasir Gudang, Johor. 11 pasukan dari daerah daerah di negeri Johor mengambil bahagian . Pasukan yang mengambil bahagian di bahagi kepada 3 kumpulan A, B dan C.

MyKids Soccer Johor mengucapkan selamat Maju Jaya dan tahniah  kepada semua pemain MyKids Soccer yang terpilih mewakili Majlis Sukan Sekolah Daerah  masing masing dalam Kejohanan Bolasepak   bawah 12 tahun. Seramai  7orang  pemain  dari Kulaijaya, 2 orang pemain  dari  Johor Bahru, 2 orang pemain  dari Pasir Gudang, 3 orang pemain dari Pontian, 3 orang pemain dari  Kota Tinggi dan seorang dari Tenggaruh 3, Mersing telah mewakili daerah masing masing..

Sebagai ketua Jurulatih Remaja Negeri, saya mengaharapkan pemain pemain ini dapat menunjukkan mutu permainan yang baik dan semangat kesukanan yang tinggi . Semoga anda semua dapat memikat hati panel pemilih untuk memilih anda semua mewakili pasukan Majlis Suakan Sekolah sekolah  Johor ke Kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Sekolah  Malaysia di Johor nanti.

SELAMAT MAJU JAYA DAN GOOD LUCK.

Monday 6 May 2013

LATIHAN PEMILIHAN U10 dan U12

Khamis 9 Mei 2013

MyKids Soccer Johor akan mengambil bahagian dalam pertandingan U10 dan U12 anjuran Melaka Baru FA pada 19 Mei 2013 di Batu Berendam, Melaka.

MyKids Soccer akan memilih 10 pemain U10 dan 15 pemain U12 untuk menyertai Pertandingan tersebut.
Latihan pemilihan akan dijalankan sepanjang minggu ini dan diharap semua pemain U10 dan U12 mengahdiri latihan tersebut. Semua pemain yang terpilih akan dimaklumkan kepada ibubapa melalui surat.

Latihan MyKids akan dijalankan lebih awal dari biasa  iaitu mulai pada pukul 3.30 petang kerana cuaca yang tidak menetukan sekarang. Diharap semua ibubapa dan penjaga harap maklum tentang perubahan waktu latihan.


Sekian untuk makluman semua pemain dan ibubapa / penjaga.

Friday 3 May 2013

LATIHAN RUTIN MYKIDS

2 MEI - KHAMIS

Latihan rutin MyKids  Johor telah dijalankan bagi pemain U8,10 dan U11. Seramai 26 orang pemain untuk sesi latihan tersebut. Kehadiran pemain yang hadir sangat berkurangan semalam. Ini  mungkin cuaca yang tidak begitu baik kerana cuaca yang mendung  dan juga mugkin pemain pemain mempunyai komitmen lain.

Jumaat 3 Mei, latihan rutin untuk semua katagori umur.akan dijalankan. Di harap kehadiran untuk latihan ini akan lebih baik dari kehadiran semalam

Makluman bahawa MyKids Johor sefang menyediakan pasukan untuk menyertai Kaenival di Melaka pada 19 Mei anjuran MBFC bagi pemain U10 dan U12.