Information


PROGRAM PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGARA (NFDP)

Akedemi Tunas Negeri Johor merupakan sebuah pusat latihan negeri yang diamanahkan untuk melaksanakan program jangka panjang Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelajaran Malaysia.Program ini telah dikemaskini dan dinaiktaraf sebagai salah satu pelan nasional oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak selepas dirasmikan pada 10 April 2014 di Akedemi Bola Sepak Mokhar Dahari Gambang, Pahang.  Sebagai sebuah pusat latihan, kami bertanggungjawab dalam melaksanakan visi dan misi sukan negara, seterusnya berusaha secara komprehensif dan sistematik ke arah melahirkan atlet-atlet terbaik untuk negeri dan negara untuk masa hadapan.

Setiap jurulatih yang dilantik telah didedahkan dengan pelbagai aspek sukan terutama sukan bolasepak yang meliputi aspek pengurusan sukan, teknikal, taktikal, kecergasan, fisioterapi, dan aspek-aspek profesional bagi memenuhi hasrat negara. Pelbagai kursus telah dihadiri seperti Kursus Awalan Kejurulatihan FAM, Kursus-kursus Kejurulatihan AFC/FAM, Kursus Bolasepak Akar Umbi (Grassroot), Kursus-kursus Kecergasan MSN, dan sebagainya.

Justeru itu, program ini telah merangka pelbagai aktiviti bagi jangkamasa panjang dan pendek, dalam melahirkan pemain-pemain bolasepak yang bermutu.   

Struktur Perlaksanaan Program 



Peserta-peserta Program Akedemi Tunas Negeri Johor (NFDP) dibahagikan kepada kategori-kategori mengikut umur. Setiap kategori pula diawasi dan diletakkan di bawah rtanggungjawa  Jurulatih Separuh Masa (JSM) yang terlatih. Kategori pemain adalah seperti berikut:
  1. Pasukan bawah 7 tahun.
  2. Pasukan bawah 8 tahun.
  3. Pasukan bawah 9 tahun.
  4. Pasukan bawah 10 tahun.
  5. Pasukan bawah 11 tahun.
  6. Pasukan bawah 12 tahun.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Akedemi Tunas (NFDP) Negeri Johor adalah seperti berikut

1.  Latihan bolasepak harian. dijalankan pada setiap  Ahad, Selasa, Khamis, dan Jumaat   (4.30 hingga  6.00 petang)
  • Latihan adalah mengikut takwim dan perancangan tahunan di pusat latihan negeri.
  • Dikendalikan oleh KJRN dan JSM mengikut kategori umur.
  • Melibatkan latihan 'ball mastery', koordinasi, kemahiran asas bermain termasuk  hantaran, kawalan dan menerima bola,  menjaring gol , latihan penjaga gol dan permainan kumpulan kecil  sehingga perlawanan 11 v 11..
  • ujian berkala ke atas pemain. ('tracking performance' dan 'player evaluation form')
2.  Kejohanan Tertutup / Dalaman (Jumaat  sahaja)
  • Disertai pasukan-pasukan di kalangan pemain Mykid Soccer.
  • Format perlawanan; 4 v 4, 5 v 5,   6 v 6 , 7+1 v 7 + 1,  9 v 9 dan 11 v 11.
  • Menerapkan konsep 'karnival bola sepak' yang menyeronokkan.
3.  Kejohanan Terbuka.
  • Pasukan Akedemi Tunas Negeri Johor (NFDP) menyertai mana-mana kejohanan luar,
  • Pasukan luar dijemput untuk menyertai kejohanan anjuran Akedemi Tunas Negeri Johor (NFDP).
  • Pasukan sekolah / kelab luar di jemput untuk menyertai perlawanan persahabatan dengan Akademi Tunas Negeri Johor (NFDP).
  • Lawatan sambil belajar akan diadakan mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
  • Lawatan adalah melibatkan premis-premis kerajaan seperti Unit Sukan, Sekolah-Sekolah Sukan, Gimnasium negeri dan daerah, dan kelab-kelab bolasepak berdekatan.

3.  Latihan intensif untuk pasukan khas kejohanan (mengikut kategori umur).
  • Pasukan khas akan dibentuk sekurang-kurangnya sebulan daripada tarikh kejohanan yang bakal disertai pada masa tersebut.
  • Diuruskan dan dilatih oleh KJRN atau JSM terpilih.
  • Akan mengadakan sesi latihan tambahan mengikut kesesuaian, dan diputuskan oleh KJRN.
4.  Klinik bola sepak yang dikendalikan oleh KJRN / Jurulatih ( JSM )
  • Klinik bola sepak akan dianjurkan mengikut kesesuaian masa dan bertepatan dengan takwim program.
  • Pengendali / fasilitator klinik bola sepak adalah dipilih di kalangan jurulatih bola sepak yang bertauliah. 

5.  Kursus kejurulatihan kepada JSM oleh FAM/ MSN / PBNJ/  Unit Sukan JPNJ/ sebagainya.
  • JSM digalakkan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang bola sepak melalui kursus-kursus seperti Kursus Bola Sepak Akar Umbi (grass root), kursus kecergasan, kursus fisioterapi dan urutan sukan dan sebagainya.
  • Kursus-kursus seperti di atas adalah atas penganjuran agensi-agensi seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia / Negeri / Daerah, Majlis Sukan Negara / Negeri, dan agensi-agensi lain. 
6.  Bengkel Penyelarasan Kejurulatihan kepada guru-guru Negeri Johor.
  • Kursus ini dianjurkan oleh Akademi Tunas Negeri Johor (NFDP) dengan menjemput Pengarah Teknikal FAM, dan pegawai-pegawai Majlis Sukan Negara.
  • Pihak Akademi Tunas Negeri Johor (NFDP) akan menjemput para guru seluruh negeri Johor untuk turut menyertai bengkel ini.
Kejayaan sesuatu pasukan bolasepak adalah sangat berkait rapat dengan komitmen dan sumbangan yang dicurahkan oleh para pemain, ibubapa dan penjaga pemain, para jurulatih dan juga agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong penuh program pembangunan ini. Mudah-mudahan, dengan kerjasama, berkat usaha dan komitmen yang tidak berbelah bagi,  nama Negara Malaysia yang tercinta ini dapat harum, megah dan dihormati di dalam peta bolasepak dunia.


" Majulah Sukan Bolasepak Untuk Negara "



KJRN Johor.





rafiahmad.bolasepak@gmail.com...............
ieyulshaz88@gmail.com

1 comment: