Monday 10 June 2013

PIALA CAPPY - CROATIA

Dimaklumkan bahawa pasukan Kebangsaan U11 yang menyertai Pertandingan Piala Cappy di Croatia pada 24 Mei hingga 7 Mei telah beroleh kejayaan. Mereka telah menjadi Naib Johan dan Johan untuk katagori U12 yang telah disertai banyak kelab kelab di Eropah .

2 orang pemain MyKids Johor telah mewakili pasukan Kebangsaan U11 iaitu

Mohamad Nuh Azlan Syah bin Mohd Yusof dari SK Taman Kota Kulai dan
Mohd Asman bin Zulkarnain  dari SK Taman Cendana, Pasir Gudang.

MyKids Johor merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan tahniah di atas kejayaan tersebut.

TERUS GIGIH BERUSAHA UNTUK MENGEKALKAN KEDUDUKAN DI DALAM PASUKAN KEBANGSAAN.

SYABAS DAN TAHNIAH

MSSM - JOHOR

Kejohanan Bolasepak MSSM U12,U15 dan U18

telah diadakan di Pasir Gudang, Johor mulai 3Jun hingga 8 Jun 2013.
Seramai 7 orang pemain MyKids Soccer Johor telah mewakili MSS Johor ke kejohanan tersebut.

Pihak MyKids Johor mengucapkan tahniah kepada semua pemain terutama pemain MyKids Johor.
Besar kemungkinan ada dikalangan pemain ini terpilih untuk ke Akademi Bolasepak Negara, Gambang, Pahang, Sekolah Sukan Tunku Ismail indi Sultan Ibrahim, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Kepada pemain yang terpilih, tahniah dan jika tidak terpilih, masih ada peluang ke Sekolah sukan Negeri di Kluang Johor.

SELAMAT MAJU JAYA.