2 Febuari 2013 - Pihak Mykids Soccer telah berjaya melaksanakan sesi latihan pertama pada hari sabtu yang lalu melibatkan pemain-pemain Mykids Soccer Johor yang telah dipilih pada sesi pemilihan sebelum ini.
Bermula pada sesi pagi iaitu sewal jam 8 pagi, pemain-pemain yang telah dipilih dikehendaki untuk mengisi borang butiran peribadi pemain mengikut borang yang telah ditetapkan. Antara butiran yang perlu dilengkapkan oleh pemain termasuklah gambar passport, surat beranak, ukuran tinggi, berat dan juga alamat surat menyurat bagi sebagai rekod dan rujukan sepanjang tahun 2013.
Turut dilaksanakan pada pagi tersebut ialah satu sesi ceramah tentang 'Kaedah Penjagaan Makanan Yang Seimbang Bagi Pemain Mykids Soccer'. Ceramah yang telah disampaikan oleh Cik Durrah Ramli yang dijemput khas dari Institut Sukan Negara telah mendapat sambutan hangat daripada pihak ibu bapa dan juga para pemain yang hadir pada ketika itu. Berikut merupakan antara gambar-gambar yang sempat diambil ketika aktiviti berlangsung.
Ketika Sesi Ceramah Pemakanan Oleh Pegawai dari ISN.
Pemain setia mendengar info yang diberi oleh pegawai ISN.
Barisan Jurulatih dan Ibu Bapa.
Sesi latihan diteruskan pada sebelah petang.Bermula pada pukul 3 petang, cuaca panas tidak menghalang para pemain dan juga pihak Mykids Soccer pada kali ini untuk melaksanakan beberapa program latihan pada kali ini.
Antara latihan yang dibuat pada petang tersebut adalah latihan koordinasi tanpa alatan, perlawanan 5 lawan 5 , latihan menimbang bola dan juga pendedahan dari segi teknik bagi pemain yang beraksi di posisi penjaga gol. Berikut antara gambar yang sempat diambil pada sesi latihan pada petang kelmarin.
Permainan 5 lawan 5 bagi pemain 7 dan 8 tahun
Sesi latihan bagi penjaga gol.
Jurulatih melengkapkan butiran peribadi pemain.
Sebelum Latihan Koordinasi Mengikut Station (1 hingga 4)
Pihak Mykids Soccer Johor mengucapkan terima kasih di atas sokongan daripada semua pihak termasuklah dari pihak ibu bapa dan jawatankuasa pengurusan Mykids Johor di atas kerjasama yang telah diberikan.
No comments:
Post a Comment