Friday, 8 February 2013

20 JAN - Sesi Pemilihan Pemain Mykids Soccer Fasa 1

20 JANUARI - Program pertama pada tahun 2013 kami mulakan dengan melaksanakan program pemilihan pemain mykids soccer.Program ini melibatkan 2 sesi iaitu sesi sebelah pagi dan sesi sebelah petang.Kira-kira 150 orang murid telah hadir yang mana rata-ratanya terdiri daripada murid yang bersekolah di sekitar daerah Kota Tinggi, Pontian, Johor Bharu, Pasir Gudang, Kulaijaya dan Kluang.

                     Program tersebut mendapat turut mendapat sambutan hangat daripada pihak ibu bapa yang turut sama menemani anak mereka sehinggalah sesi pemilihan tamat kira-kira jam 6.30 petang.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada jurulatih sukarelawan yang turut hadir bagi melancarkan lagi program yang kami adakan pada hari tersebut termasuklah En. Mohd Nazrin ( Kota Tinggi), En. Nor Azam (Kluang), En. Tengku Mohd Azrul ( Kota Tinggi ), En Ahmad Zudi, En. Mohd Hilmi , En Mohd Fadhil dan juga beberapa lagi sukarelawan lain yang tidak disebutkan.

                   Antara ujian yang dijalankan pada setiap pemain yang hadir pada hari tersebut ialah ujian 'dribbling' , 'run with the ball and turn' , 'juggling' dan 'shooting'. Setiap ujian yang dilaksanakan telah direkod dan disimpan oleh setiap jurulatih yang dipertanggungjawabkan untuk menilai dan memilih pemain yang dikehendaki. Setiap Pemain yang dipilih telah dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan mereka yang telah dipilih dikehendaki untuk menghadiri sesi latihan seterusnya yang mana akan diberitahu kelak.

                  Berikut adalah antara gambar yang diambil sepanjang sesi pemilihan :

                                                                  'Small Sided Game'

                                                     Jurulatih dan barisan pemain yang hadir

               Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara tidak langsung mahupun langsung di dalam menjayakan program pemilihan pada kali ini. Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment