Monday 14 January 2013

PERBINCANGAN BERSAMA KETUA KETUA UNIT DAN SETIAUSAHA KEHORMAT PBNJ

Ketua Jurulatih Remaja Negeri telah mengadakan beberapa siri perjumpaan dan perbincangan. Di antaranya ialah perjumpaan  dengan En Hafizal Tukemin Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi, Majlis Sukan Negeri Johor di pejabat beliau bersama dengan En Zahari Zahar Penyelaras Bolasepak MyKids Soccer Johor. Antara perbincamgannya  ialah mengenai pemilihan pemain, jadual latihan, pertandingan dalaman pertandingan jemputan dengan kelab kelab dan sekolah di luar daerah Kulaiajaya, juga perjalanan aktiviti sepanjang tahun.

Perbincangan dengan En Jaafar Bohari, Ketua Unit Sukan di Jabatan Pelajaran Johor bersama  En Faizal Sarman, Penyelaras Sukan di JPNJ. Antara perbicangan ialah penglibatan pemain yang lebih menyeluruh melibatkan pemain di luar daerah Kulaiajaya. Kejayaan pasukan MyKids di pertandingan peringkat Kebangsaan di Perlis. Pemain yang telah mewakili pasukan kebangsaan seta pemilihan pemain dari pusat ke latihan pemilihan pasukan kebangsaan dan penglibatan guru guru yang dilantik sebagai Jurulatih Separuh Masa untuk menjalankan tugas selepas waktu mengajar mengikuti kursus dan seminar yang dianjur oleh pihak MSN,  

Telah berjumapa dan mengadakan perbicangan dengan Tn Hj Suhairi bin  Hashim selaku  Setiausaha kehormat Persatuan Bola sepak Negeri Johor mengenai sokongan PBNJ terhadap program nasional ini. Membicangan aktiviti yang boleh dijalankan bersama di antara MyKids Soccer Johor dan PBNJ untuk mengembangkan permainan bolasepak  bagi  pelajar di negeri Johor.   En Sukumaran selaku Pegawai Pembangunan Bolasepak negeri Johor telah turut bersama dalam perbincangan ini .

Semua pertemuan ini telah memberi impak positif kearah meningkatkan kecemerlangan dan mutu bolasepak di negeri Johor dan juga Malaysia. Agar perjalanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara, MyKids Soccer mendapat restu dari semua pihak termasuk ke bawah Duli Yang Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

No comments:

Post a Comment