Sunday 13 January 2013

PERJUMPAAN KJRN DENGAN SUKARELAWAN

Satu perjumpaan dan perbincangan antara Ketua Jurulatih Remaja Negeri bersama sama dengan Sukarelawan Program Pembangunan Bola Sepak Negara " MyKids Soccer " akan diadakan pada hari Ahad 12 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

Antara perkara yang akan dibincangkan ialah  bagaimana sukarelawan ini dapat membantu  melaksanakan perjalanan program ini bergerak dengan lebih aktif. Ini termasuk semasa latihan dijalankan dengan menyediakan minuman pemain.

Membantu semasa pertandingan pertandingan dalaman,  Pertandingan Karnival peringkat umur dengan team team jemputan yang dirancang, Internal Tounament, Pertandingan Antara Zpon Selatan, Kejohanan Peringkat Umur Kebangsaan dan juga perlawanan perlawanan persahabatan.

Bantuan yang dihulurkan semua sukarelawan dikalangan ibu bapa dan guru-guru yang berminat diharapkan dapat melancarkan lagi semua aktiviti dirancang supaya sasaran MyKids Soccer Johor melahirkan lebih ramai pemain dari pusat layak mewakili pasukan kebangsaan di bawah umur 11 dan 12 tahun ke pertandingan di luar negara. Layak sekurang kurangnya ke peringkat Separuh Akhir semasa Kejohanan peringkat Kebangsaan di akhir tahun nanti.

No comments:

Post a Comment