Tuesday 17 July 2012

Program Komuniti Bola Sepak Bersama D.Y.A.M Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

KULAIJAYA, 15 Julai 2012 - Satu Program Komuniti Bola Sepak bersama Pasukan Johor telah diadakan di Pusat Latihan MyKidsm Soccer Johor di SK Bandar Putra, Kulaijaya. Program ini telah diilhamkan oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. D.Y.A.M Tunku Ismail turut berkenan berangkat ke pusat latihan  dengan diiringi oleh pasukan bola sepak negeri Johor Darul Takzim yang diketuai oleh legenda bola sepak Asia, Encik Fandi Ahmad, yang juga pengurus pasukan kebanggaan Johor ini.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor telah berkenan berangkat ke pusat latihan kami kira-kira jam 9 pagi. Tanpa rasa jemu, D.Y.A.M Tunku beramah mesra dan bersalaman dengan kesemua anak-anak MyKids  Soccer Johor.  Tunku Mahkota Johor turut berkenan menonton kesemua aktiviti yang dilaksanakan oleh peserta dengan penuh minat. Ini membuktikan betapa tingginya kasih dan perhatian daripada Tunku Mahkota kepada pemain-pemain bola sepak muda ini.

Beberapa pemain bola sepak profesional negeri Johor telah bersama-sama dengan anak-anak MyKids Soccer, mengadakan aktiviti-aktiviti bola sepak yang sangat menyeronokkan. Peserta MyKids Soccer Johor yang seramai kira-kira 180 orang telah mengambil kesempatan menimba ilmu, bermesra dan mengenali semua pemain negeri Johor dengan lebih rapat lagi.

Beberapa acara telah diadakan seperti pertunjukan menimbang bola, sepakan penalti, sepakan percuma, dan perlawanan persahabatan. D.Y.A.M Tunku Mahkota turut berkenan menganugerahkan cenderamata kepada anak-anak MyKids Soccer Johor yang telah mewakili negeri dan negara di Piala Cappy Croatia, Kejohanan Bola Sepak Mykid Soccer Zon Selatan, dan Kejohanan Bola Sepak Remaja di Saitama, Jepun. Sesungguhnya, pemain-pemain tersebut adalah anak-anak Johor. Tunku turut menyampaikan sumbangan kepada semua pemain MyKids Soccer Johor.

Keberangkatan D.Y.A.M Tunku Ismail ke pusat latihan kami ini, adalah merupakan sebuah sokongan yang amat berharga, bukan sahaja kepada pemain MyKids Soccer Johor, juga kepada pembangunan bola sepak negeri. Ia telah mendorong pihak kami untuk lebih bekerja keras, sentiasa berusaha dan mencurahkan segala keringat demi kemajuan sukan bola sepak negeri Johor dan negara Malaysia yang tercinta. Terima kasih Tunku.    


Astaka  VVIP

Suasana pagi di pusat latihan MyKids Soccer Johor sebelum keberangkatan tiba DYAM TMJ.

Keberangkatan tiba DYAM Tunku Mahkota Johor di Padang SK Bandar Putra




DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, beramah mesra dengan peserta Mykids Soccer Johor.

Anugerah khas TMJ kepada adik Nuh Azlan Shah kerana mewakili negara ke Cappy Cup Croatia

Anugerah khas TMJ kepada adik Amirul Hussaini kerana mewakili negeri Johor  dan ke pemilihan Saitama, Japan

Anugerah khas TMJ kepada adik Mohd Amir  Miskam kerana mewakili negeri Johor dalam MSSM  dan ke pemilihan Saitama, Japan 

KJRN Johor turut menerima cenderamata daripada DYAM Presiden PBNJ

DYAM TMJ turut berkenan menganugerahkan cenderamata kepada pemain B12 dan B11 yang mewakili negeri Johor  ke Pertandingan Bolasepak Zon Selatan di Melaka.



Barisan pemain Mykids Soccer Johor yang bertanding di Melaka, menerima anugerah daripada TMJ





Pemain profesional Johor FA diberi taklimat oleh jurulatih

JSM-JSM mengambil gambar kenangan di depan kain rentang "SETIA BERSAMA JOHOR"

Peserta MyKids Soccer Johor

Pemain Johor FA bersedia bertemu dengan peserta MyKids Soccer Johor.

Pemain import Johor FA, Orlando, memberi tunjuk ajar kepadaMyKids Johor


Legenda bolasepak, En. Fandi Ahmad (baju biru bertopi) mengajar tentang teknik bermain bersama Andre Fer. 





Pegawai perakam peristiwa daripada RTM


Suasana semasa program berlangsung







Rakaman Video 15/7/2012










No comments:

Post a Comment