Tuesday 17 July 2012

Kejohanan Cappy Cup di Croatia


Sila kunjungi berita di

21hb Mei 2012 - Pasukan seramai 24 pemain dan 5 pegawai berangkat ke KLIA jam 11 malam. Turut hadir di KLIA Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Tuan Hj Zainal Abidin Bin Hussin dan bekas Duta Malaysia Di Zagreb, Croatia Dato' Haji Azman bin Mohd. Nazir untuk memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain.

Pasukan kebangsaan B12 negara telah berlepas ke Croatia tepat jam 3.30 pagi dan sampai ke Zagreb jam 2.10 petang selepas berhenti di Doha dan Budapest, Hungary.

Di Zagreb pasukan Bolasepak Bawah 10 Tahun ini telah disambut oleh kakitangan Kedutaan Malaysia di Zagreb diketuai oleh Setiausaha Pertama Kedutaan En. Syed Nauzer Idid bin Dato' Syed Yusoff Idid, Setiausaha Kedua En. Hanapi bin Hussin, Raja Seniwati bt. Dato' Raja Mohamed, En.Jasmin Dzaferovic serta En Hasan Redzic.

Adik Muhammad Nuh Azlan Shah daripada Mykid Soccer Johor turut menyertai pasukan kebangsaan ini. Pasukan negara bertolak dengan bas ke Bandar Osijek, terletak 294km ke utara Zagreb dan sampai jam 7-30 malam. Pasukan menginap di Hotel Osijek. Al Hamdulillah kesemua pemain berada dalam keadaan yang sehat.






















No comments:

Post a Comment