Friday 2 November 2012

SEKALUNG TAHNIAH

MAKLUMAT PEMAIN MYKIDS SOCCER JOHOR:

NAMA                                 SEKOLAH                         TAWARAN
1.  Muhammad Firdaus Md. Dun          SK Kulai                                   Akademi Bola Sepak Negara, Gambang, Pahang
2.  Amirul Hussaini b. Zamri                 SK T.A.R (1) JB                       Akademi Bola Sepak Negara, Gambang, Pahang   
3.  Muhammad Amir bin Miskam         SK Kulai                                   Sekolah Sukan Negeri (SSN) Tun Hussein, Kluang
4.  Mohamad Harith Ilyas b. Johar      SK Tmn Cendana, PG             Sekolah Sukan Negeri (SSN) Tun Hussein, Kluang
5.  Mohamad Feroz b. Baharudin        SK Sedili Besar, KT                Sekolah Sukan Negeri (SSN) Tun Hussein, Kluang
6.  Mohd Najmi Idham b. Johari          SK (L) Bandar, Kluang          Sekolah Sukan Negeri (SSN) Tun Hussein, Kluang
7.  Ali Adzhar bin Azhar                      SK (F) Bukit Batu, Kulai       Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismain, B. Penawar.
8.  Md. Nuh Azlan Syah b. Yusof      SK Tmn Kota Kulai                  kini sedang menyertai latihan pusat Pasukan Kebangsaan B10 di Akademi Bola Sepak Negara

Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor.
Jutaan ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada beberapa pemain Mykids Soccer Johor yang telah terpilih untuk melanjutkan pendidikan menengah di beberapa pusat kecemerlangan sukan negara.


Khusus kepada adik Muhammad Firdaus bin Md Dun, murid Sekolah Kebangsaan Kulai yang terpilih untuk memasuki Sekolah Sukan Gambang di Pahang (Akademi Bola Sepak Negara). Beliau yang hanya digelar Daus di kalangan rakan dan jurulatih, pernah mewakili pasukan kebangsaan Malaysia B12 ke Saitama, Jepun. Beliau dan pasukannya meraih tempat ketiga dan Daus turut menjaringkan gol penting untuk pasukan.

Turut mencapai kecemerlangan serupa ialah adik Amirul Hussaini bin Zamri yang belajar di Sekolah Kebangsaan Temenggung Abdul Rahman 1, Johor Bahru.

Tawaran ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar, Johor turut diterima oleh adik Ali Adzhar bin Azhar daripada Sekolah Kebangsaan (F) Bukit Batu, Kulaijaya.
Muhammad Firdaus Md Dun - Sekolah Sukan Pahang (Akademi Bola Sepak Negara Gambang) 
Amirul Hussaini bin Zamri - Sekolah Sukan Pahang (Akademi Bola Sepak Negara Gambang)
Mereka dijangka akan melaporkan diri ke sekolah tersebut penghujung Disember ini. Sememangnya, mereka  layak ke sekolah tersebut berdasarkan komitmen yang tinggi, sentiasa berdisiplin dan sentiasa memperbaiki diri. Tahniah dan terima kasih kerana anda telah mengharumkan nama Mykids Soccer Johor dan khususnya Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Syabas... !



No comments:

Post a Comment