Thursday 17 May 2012

Latihan dan Pemilihan Pemain ke Kejohanan Bolasepak Cappy Cup Croatia

 Pada 21 hingga 26 April 2012 yang lalu, seramai 6 orang pemain Mykid Soccer Negeri Johor telah menghadiri sesi pemilihan Piala Cappy  Croatia. Pemilihan telah diadakan di Pusat Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu. Semua pemain telah melalui pelbagai sesi latihan dan pemilihan yang dikendalikan oleh panel pemilih Pembangunan Bolasepak Negara Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Komitmen yang cemerlang telah ditunjukkan oleh semua pemain Mykid Soccer Negeri Johor. Tahniah kepada yang terpilih dan selamat maju jaya kepada yang lain...!

Muhammad Nuh Azlan Shah bin Mohd. Yusof - SK Taman Kota Kulai, Johor (terpilih)

Amir Zaki bin Misri - SK Taman Kota Kulai, Johor.

Mohamad Helmy bin Sorman - SK Taman Indahpura 1, Johor.
Mohamad Firdaus bin Norhisham - SK Bandar Putra, Johor.
 Pemain yang mewakili Negeri Johor, bersama 
Ketua Jurulatih Remaja Negeri, En. Mustaffa Ab. Rahim.


Pemain-pemain negeri Johor di Pusat Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.




Khemah panel pemilihan

Sesi Ujian Kemahiran

Taklimat kepada pemain-pemain

 Barisan Ahli-ahli Panel Kejurulatihan dan Pemilihan




No comments:

Post a Comment