Monday, 10 February 2014

KARNIVAL BOLASEPAK 5 SEBELAH PEMAIN 7,8 dan 9 TAHUN

SALAM 1 MALAYSIA.

MyKids Soccer Johor bercadang untuk mengadakan KARNIVAL untuk pemain berumur 7, 8 dan 9 tahun. Pertandingan akan dijalankan secara 5 V 5.

Karnival ini terbuka kepada semua kelab / akademi bolasepak / sekolah sekolah. Tarikh Karnival 1 hb Mac 2014.

Jika ada individu, kelab / akademi / sekolah yang ingin mengambil bahagian, bolehlah membbuat persiapan mulai sekarang.

Maklumat Karnival akann dimaklumkan melalui Fb ini.

Tujuan sebenar Karnival ini bukan untuk mencari kemenangaan atau kejayaan tetapi adaalah untuk memberi peluang kepada kanak di peringkat ini merasai suasana bermain. Memberi keseronokkan dan menambah miinat mendalam untuk bermain bolasepak.

LETS PLAY THE GAME = KE ARAH KECEMERLANGAN BOLASEPAK

Latihan rutin 9 Feb 2014

Salam 1 Malaysia.

Latihan pada hari ni 9 Feb, ramai pemain terutama tahun 6 tidak hadir latihan. Pihak pengurusan beranggapan bahawa mungkin terdapat latihan di sekolah masing masing. Kami dari pihak pengurusan berharap agar pemain menghadiri latihan seterusnya pada hari Selasa, 11 Feb dan hari Khamis, 13 Feb untuk semua katagori.

Seperti biasa, bagi pemain tahap 1 latihan akan dimulakan jam 3.30 petang dan pemain tahap 2 pula, latihan bermula jam 4.45 petang.

Ibubapa dan pemain sila ambil perhatian dan tindakan .

KE ARAH KECEMERLANGAN BOLASEPAK NEGARA

Latihan Rutin Hari Ahad 9hb Feb 2014

9 hb Feb 2014 ( Ahad ),

Latihan MyKids Johor dijalankan seperti biasa mulai jam 4.30 petang dan berakhir kira-kira jam 6.15ptg.Seramai 53 orang pemain telah hadir. Namun begitu, Ketua jurulatih berharap agar kesemua pemain dapat hadir ke setiap sesi latihan selepas ini. Adalah penting bagi setiap pemain untuk meningkatkan lagi kemahiran sedia ada selain memperkukuhkan beberapa aspek kemahiran baru dari semasa ke semasa
KE ARAH KECEMERLANGAN BOLASEPAK NEGARA.

Thursday, 6 February 2014

Penangguhan sesi latihan rutin 4 Feb 2014

Salam 1 Malaysia.

Makluman kepada semua pemain, ibubapa dan penjaga.

Latihan MyKids yang dijadualkan esok, 4 hb Feb 2014 ditangguhkan kepada hari Khamis 6 hb Feb 2014.

 Ketua Jurulatih membuat keputusan hasil makluman ramai di mana pemain tidak dapat hadir kerana rata-rata pemain masih lagi di dalam tempoh bercuti sempena cuti tahun baru cina. Diharapkan semua pemain dan jurulatih dapat turut serta pada sesi latihan 6 Febuari mengikut masa yang telah ditetapkan.

Harap Maklum.

Hari Kedua Pemantauan Pengarah Program, En. Lim Teong Kim

Salam 1 Malayasia.

Hari ini 28 Jan 2014 Selasa selesai sudah pemantauan En Lim Teong Kim Pengarah Projek Pembangunan Bolasepak Negara di pusat Latihan di Sk Bandar Putra, Kulaijaya.

Latihan yang dijangkakan bermula jam 4.30 petang tetapi pemain sudah berada di pusat latihan sejak jam 3.30 petang.
Mereka sudah tidak sabar untuk menjalani latihan. Syabas dan tahniah kepada semua pemain yang hadir.

Untuk sesi latihan seterusnya akan dijalankan pada hari Khamis 30 Jan dan bermula pada jam 8.00 pagi.

Diharap semua pemain dan ibubapa sedia maklum akan perubahan masa latihan pada hari tersebut. Bukan pada 4.30 petang tetapi jam 8.00 pg di lokasi yang sama.

Perubahan masa latihan dibuat supaya pemain dan keluarga mereka boleh merancang perjalanan pulang atau bercuti sempena Cuti Tahun Baru Cina.

KE ARAH KECEMERLANGAN BOLASEPAK NEGARA

Makluman mengenai pemantauan pengarah program, Lim Teong Kim ke Pusat Latihan Mykids Johor

Perhatian kepada semua jurulatih dan juga pemain,

 En. Lim Teong Kim akan berada di Pusat Latihan MyKids Soccer Johor mulai hari Ahad 26 Januari hingga 30 Januari 2014. Diharap semua jurulatih bersedia dengan Weekly and Daily Training Plan . Pastikan segala yang dimaklumkan semasa pemantauan 1 dulu diambil tindakan. Semua maklumat peribadi dan senarai kehadiran pemain dikemaskini.

Sekian untuk makluman dan tindakan semua.

Latihan Rutin Mykids 21 Jan 2014

Latihan rutin MyKids  Johor telah dijalankan bagi pemain U8, U9, U10, U11 dan U12. Seramai 50 orang pemain telah hadir untuk sesi latihan tersebut. Kehadiran pemain yang hadir berkurangan pada hari semalam Ini juga mugkin pemain pemain mempunyai komitmen lain selain pergi ke sekolah agama pada sebelah petang.

  Khamis,23 Jan, latihan rutin untuk semua katagori umur.akan dijalankan. Di harap kehadiran untuk latihan tersebut akan lebih baik dari kehadiran pada hari ini.

Makluman bahawa MyKids Johor masih lagi menilai prestasi pemain dari semasa ke semasa di mana pada suku pertama tahun 2014 nanti jurulatih-jurulatih akan menentukan pemain mana yang layak untuk kekal di dalam pasukan pada masa akan datang.

Makluman mengenai jadual waktu latihan bagi tahun 2014

Salam,
JADUAL PERTAMA LATIHAN TELAH DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :

Tarikh 19 Jan 2014
Hari Ahad
Masa 3.30 - 4.30 ptg Tahap 1
4.45 - 6.15 ptg Tahap 2
Tempat Pdg SK Bandar Putra
Kulaijaya.
Jumlah Kedatangan : semua hadir

Untuk makluman pemain, ibubapa dan pengikut Fb sekelian, Latihan MyKids Johor akan dijalankan pada setiap hari Ahad, Selasa, Khamis dan Jumaat. Masa dan tempat latihan adalah sama seperti di atas.

Jika ada perubahan, akan dimaklumkan kemudian.

KE ARAH KECEMERLANGAN BOLASEPAK NEGARA.