Thursday, 16 January 2014

Pemilihan Sesi Ke-2 dan Latihan Kali Pertama bagi Tahun 2014



‘Let’s Start Our Training’. Hari ini merupakan hari pertama latihan dilaksanakan. Latihan 2 dalam 1 ini merangkumi latihan rutin dan juga pemilihan pemain bagi sesi ke-2. Seramai kira-kira 50 orang pemain yang hadir untuk menjalani latihan. Antara aspek yang akan diterapkan dalam sistem latihan pada tahun ini ialah aspek ‘ball mastery’ ,’passing and receiving’ dan juga teknik ‘dribbling’.


Untuk pengetahuan ibu bapa dan guru bagi setiap pemain yang bersekolah di sekitar negeri Johor ,pihak Mykids soccer johor mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk sentiasa mengumpul informasi terkini melalui laman facebook dan juga blog rasmi Mykids Soccer Johor memantau segala pengumuman, jadual waktu latihan serta program yang dijalankan sepanjang minggu.

Facebook : www.facebook .com/MykidsSoccerJohorMsn


Kami juga berharap ibu bapa dan penjaga bagi setiap pemain agar dapat memaklumkan penglibatan anak-anak yang menyertai Program Mykids Soccer ini sebagai salah satu penglibatan rasmi mereka sepanjang tahun ini. Latihan seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada pemain dan jumpa lagi di sesi latihan yang akan datang.

Pemilihan Pemain Mykids Soccer Johor Sesi 2014



11 Jan yang lalu telah menjadi tapak secara rasminya program pembangunan bola sepak Negara ini akan dimulakan. Sesi pemilihan melibatkan setiap lapisan umur membabitkan U7, U8, U9, U10, U11 dan U12 melalui sesi pemilihan secara terbuka.

            Seramai kira-kira 80 orang pemain dari beberapa daerah di negeri Johor telahpun menyertai sesi ini di mana sesi pemilihan ini akan diteruskan sehinggalah 16 Jan 2014 untuk menggalakkan penyertaan selain membantu pihak Mykids Soccer Johor untuk mengumpulkan pemain-pemain yang benar-benar berkualiti dan mencapai tahap program elit untuk diketengahkan.

             Kami berharap agar lebih ramai pemain yang akan hadir untuk sesi ujibakat ini selain meminta kerjasama daripada semua pihak untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan untuk sama-sama memajukan sukan bola sepak amnya di negeri Johor pada tahun ini.

              Kami mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain yang telah terpilih itu nanti dan selamat menjalani latihan.

Kata-kata Aluan Sempena Tahun 2014



Kami mewakili pihak pengurusan Mykids Soccer Johor mengucapkan selamat menyambut tahun baru bagi tahun 2014. Seperti mana yang telah diusahakan sebelum ini, Program Pembangunan Bola Sepak Negara bagi negeri Johor akan diteruskan lagi dengan agenda-agenda dan informasi yang terkini untuk makluman semua pihak.
Untuk pengetahuan semua, program pada  tahun 2014 dimulakan sewal bulan Januari lagi dan akan berakhir pada bulan Disember. Berdasarkan kepada takwim yang telah disahkan oleh Ketua Jurulatih Remaja Negeri Johor, En. Mustaffa, latihan akan dijalankan sejurus selepas sesi pemilihan pemain dilaksanakan.
Berikut adalah jadual latihan yang telah ditetapkan pada sesi mesyuarat Ketua Jurulatih bersama dengan barisan jurulatih mengenai program sepanjang tahun yang akan dijalankan pada tahun ini :

Latihan Mingguan :                                                                                        
            
                               Hari latihan : Ahad, Selasa, Khamis
                   Waktu latihan :    Tahap 1 (darjah 1,2 dan 3) = 3.45 ptg  - 4.45 ptg
                                             Tahap 2  (darjah 4,5 dan 6) = 4.45 ptg - 6.15 ptg

Latihan berbentuk Perlawanan Persahabatan atau Pertandingan Kecil:
                                
                               Hari : Jumaat atau Sabtu (mengikut keperluan)
                               Waktu : 8.00 pagi – 10.00 pagi

           Selamat menjalani latihan.